Utama Kesihatan Pemakaian Pelitup Muka di kawasan terbuka tidak diwajibkan bermula 1 Mei 2022

Pemakaian Pelitup Muka di kawasan terbuka tidak diwajibkan bermula 1 Mei 2022

395
0

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengumumkan arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka akan dimansuhkan berkuatkuasa 1 Mei 2022. Bagaimanapun, arahan tersebut masih lagi wajib apabila berada di dalam bangunan dan tempat-tempat tertutup seperti dalam pejabat dan pengangkutan awam.

Pemakaian pelitup muka juga masih lagi diwajibkan di tempat seperti bilik darjah, lif, pusat membeli belah, dan kenderaan perkhidmatan seru pandu.

Bagi kawasan-kawasan terbuka yang dibenarkan untuk tidak memakai pelitup muka, ia meliputi kawasan seperti luar bangunan, perhentian bas, laluan pejalan kaki dan jambatan terbuka, taman-taman dan padang aktiviti riadah luar.

Kebenaran untuk tidak memakai pelitup muka ini juga diberikan bagi aktiviti khusus di tempat tertutup. Antaranya termasuklah, senaman sendirian, makan, minum, berucap, dan persembahan pentas.

Sungguhpun pihak Kementerian Kesihatan telah memberikan kelonggaran pemakaian pelitup muka ini, orang ramai masih lagi digalakkan untuk memakai pelitup muka di tempat-tempat sesak. Individu yang bergejala atau berisiko tinggi juga digalakkan memakainya.

Dalam pada masa yang sama, SOP penjarakkan sosial yang telah ditetapkan oleh MKN turut tidak dikuatkuasakan pada tarikh tersebut sebut. Namun, pihak KKM terus menggalakkan orang ramai supaya mengamalkan penjarakkan sosial apabila berada di tempat-tempat yang tidak memakai pelitup muka.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.