Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menjalankan pengujian rangkaian di seluruh negara untuk perkhidmatan jalur lebar berwayar. Secara keseluruhannya, pengujian yang memakan masa 11 bulan ini telah melibatkan rangkaian yang menggunakan medium kuprum (DSL) dan juga gentian optik seperti yang ditawarkan oleh Maxis, Time dan TM.
Dibawah piawaian mandatori SKMM untuk Kualiti Perkhidmatan jalur lebar berwayar, penyedia perkhidmatan perlu menyediakan sekurang-kurangnya 70 peratus dari kelajuan yang ditawarkan bagi pengguna DSL dan sekurang-kurangnya 90 peratus bagi perkhidmatan gentian optik. Kesemua ISP juga perlu mencapai tahap kelajuan rangkaian minima berkenaan sekurang-kurangnya 90 peratus dalam satu-satu masa.
Selain itu, kependaman (latency) rangkaian untuk setiap perkhidmatan juga tidak boleh melebihi 85ms untuk sekurang-kurangnya 95 peratus untuk satu-satu masa dengan kadar kehilangan paket maksimum 1 peratus. Berikut adalah jadual pengujian rangkaian yang diperoleh dari SKMM.
Di dalam laporan berkenaan menunjukkan perkhidmatan jalur lebar berwayar yang ditawarkan Maxis lebih berkualiti jika dibandingkan dengan TM dengan Time. Tambahan pula, ia merupakan satu-satunya ISP yang berjaya menepati kesemua piawaian-piawaian mandatori yang telah ditetapkan oleh agensi berkenaan.
Sehubungan itu, SKMM telah membuat penemuan berkenaan perkhidmatan DSL dari TM (Streamyx) yang mendapati lebih dari separuh jumlah penggunanya mengalami masalah kemerosotan kelajuan memuat turun di seluruh negara. Berbanding dengan perkhidmatan DSL yang ditawarkan oleh Maxis yang berjaya mencapai piawaian yang telah ditetapkan pada 84.5 peratus di lokasi pengjujian.

Pada masa yang sama, SKMM turut mendapati masalah yang dihadapi oleh Time yang tidak dapat mencapai piawaian yang telah ditetapkan adalah disebabkan oleh masalah pada modemnya. Bukan pada rangkaiannya memandangkan kelajuan memuat turun purata yang ditawarkan olehnya adalah pada 66.963 Mbps berbanding 10.159 Mbps oleh Maxis dan 10.051 Mbps oleh TM.
Tidak dapat dipastikan apakah tindakan yang bakal diambil oleh SKMM terhadap ISP-ISP yang gagal memenuhi piawaian-piawaian mandatori yang telah ditetapkan olehnya. Namun, pihak agensi telah pun mengumpulkan maklumbalas dan perancangan dari penyedia-penyedia perkhidmatan berkenaan langkah-langkah meningkatkan mutu perkhidmatan terutamanya di lokasi-lokasi yang bermasalah.
-Sumber berita diperoleh dari SKMM, Imej cover kredit kepada Azy’s Garage Sales














Asalamualaikum, bolehkah tuan mencadangkan jalan untuk menyelesaikan masalah kelajuan internet di hotel yang berada diluar linkungan unifi yang lebih baik dari streamyx dan yang lebih murah dari dedicated line?