Tarikh Jualan Musim Sejuk Steam (Steam Winter Sale) telah didedahkan oleh PayPal. Ia dijadualkan bakal berlangsung dari 22 Disember sehingga 3 Januari. Rasa macam baru lagi je Steam buat jualan murah games-games ni.

Seperti biasa, tarikh jualan ini bermula pada kebiasaannya didedahkan oleh laman-laman web pihak ketiga atas alasan untuk mempromosikan jualan tersebut.

Pada Jualan Musim Luruh lalu, maklumat tarikh jualan telah didedahkan oleh salah seorang pengguna di laman forum Reddit. Akibatnya, pengguna akaun Reddit berkenaan telah diharamkan kerana telah membocorkan maklumat berkenaan tarikh Jualan Musim Luruh Steam tersebut.

Sebagaimana ketika Jualan Musim Luruh yang lalu, tiada jualan-jualan dengan harga diskaun gila-gila murah dalam tempoh lapan jamĀ seperti Flash Sales atau Daily Deals. Ini berikutan untuk mengelakkan dari sesetengah pengguna yang menyalahgunakannya dengan membeli pada harga diskaun dan kemudian membuat tuntutan penggantian semula dengan harga asal tanpa diskaun.

Sumber berita diperoleh dariĀ Tech Times

Tinggalkan komentar