Utama Android Sony Sony Xperia 10 III akan datang ke Malaysia; Menampilkan Snapdragon 690, Bateri...

Sony Xperia 10 III akan datang ke Malaysia; Menampilkan Snapdragon 690, Bateri 4,500mAh

443
0
Sony Xperia 10 III

Sony baru-baru ini telah memperkenalkan telefon pintar model terbarunya, Sony Xperia 10 III. Telefon pintar generasi terkini ini membawakan pelbagai pembaharuan berbanding keluarannya yang terdahulu.

Xperia 10 III menyediakan kapasiti RAM yang lebih besar berbanding Xperia 10 II iaitu 6GB. Apa yang lebih penting, kapasiti baterinya juga telah diperbesarkan dari 3,600mAh kepada 4,500mAh.

Menariknya, Xperia 10 III turut dilengkapkan dengan paparan Sony OLED HD+ Penuh 6-inci dengan nisbah paparan 21:9, HDR dan TRILUMINOS. Selain itu, telefon ini juga mempunyai kerintangan melalui penarafan IP65/68 melalui penggunaan perlindungan Corning Gorilla Glass 6.

Untuk kameranya, Xperia 10 III masih lagi mengekalkan tetapan tri-kamera, tetapi untuk ini Sony tidak menyatakan jenis-jenis kameranya.

Sony Xperia 10 III dijadualkan memasuki ke pasaran Malaysia pada Ogos ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.