Sony telah menangguhkan acara pengumuman PlayStation 5 yang pada asalnya dijadualkan pada Khamis ini, 4 Jun 2020. Pihak syarikat menyatakan perkembangan yang sedang berlaku ketika ini tidak sesuai untuk membuat sebarang keraian.
Pada asalnya, Sony telah merancang untuk mempertontonkan julung kalinya permainan-permainan PS5 pada Khamis ini. Pengenalan ini merupakan sebahagian dari gambaran awal mengenai konsol permainan generasi terbaru ini yang dirancang dilancarkan sekitar hujung tahun ini.
Setakat ini Sony masih lagi belum mengeluarkan sebarang tarikh baru acara pengumuman ini. Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi rusuhan dan protes di Amerika Syarikat berikutan pembunuhan George Floyd oleh polis Minneapolis 25 Mei baru-baru ini.
— PlayStation (@PlayStation) June 1, 2020
Insiden ini telah mencetuskan protes tunjuk perasaan ribuan warga Amerika Syarikat di jalan-jalan raya seluruh negara.
Isnin lalu, Sony Interactive Entertainment telah mengeluarkan kenyataan sokongan kepada warga berkulit hitam Amerika Syarikat menerusi Twitter.
— PlayStation (@PlayStation) June 1, 2020
Kenyataan ini turut disusuli dengan kenyataan dari syarikat induk Sony mengenai isu ketidakadilan sosial dan perkauman di negara Uncle Sam berkenaan.
#BlackLivesMatter (1/3) pic.twitter.com/k4sIcUiPwP
— Sony (@Sony) May 31, 2020
Keputusan penangguhan acara oleh Sony ini turut sama dilakukan oleh penerbit permainan komputer, Electronic Arts (EA). Ahad lalu, EA telah mengumumkan penangguhan acara pengumuman Madden NFL 21 yang dijadual berlangsung semalam.
An official statement from EA SPORTS pic.twitter.com/MKdgJjvKJB
— Madden NFL 20 (@EAMaddenNFL) May 31, 2020













