Sony secara rasminya telah mengumumkan acara pelancaran PlayStation 5 pada 5 Jun 2020, jam 4 pagi waktu Malaysia. Acara yang dinamakan sebagai “The Future Of Gaming” ini akan diadakan secara dalam talian.

Turut dilaporkan, Sony bakal memperkenalkan beberapa judul permainan baharu yang beriringan dengan konsol permainan berkenaan. Tiada sebarang maklumat mengenai jumlah judul yang akan diumumkan nanti serta tidak diketahui pembangun mana yang akan turut serta.

Apa yang diberitahu setakat ini adalah pembangun yang akan terlibat nanti hadir dari seluruh pelusuk dunia. Merangkumi studio-studio terkemuka hinggalah pendatang baru.

Pihak Sony juga turut memaklumkan akan menyediakan lebih banyak maklumat terbaru mengenai PlayStation 5 dari masa ke semasa.

Acara Sony “The Future Of Gaming” akan ditayangkan secara penstriman langsung melalui YouTube dan Twitch pada jam 4 pagi, 5 Jun 2020.

Tinggalkan komentar