Utama Android Redmi Siri Redmi Note 14 secara rasminya kini di Malaysia, Harga bermula dari...

Siri Redmi Note 14 secara rasminya kini di Malaysia, Harga bermula dari RM699

112
0

Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan versi global untuk siri Redmi Note 14. Ia menawarkan dua model Pro dan dua model standard termasuk satu model 4G baharu. Model-model yang diperkenalkan ini mempunyai ciri yang hampir sama dengan model yang diperkenalkan di China, namun untuk model Pro ia menggunakan sensor 200MP berbanding 50MP.

Untuk Note 14 Pro yang hadir dengan Pro dan Pro Plus, kedua-duanya menampilkan paparan AMOLED 6.67-inci 1.5K dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak HDR 3,000 nits. Perlindungannya pula adalah kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 dan kerintangan debu dan air IP68.

Dari segi fotografinya, model-model Pro ini menampilkan kamera utama 200MP dengan OIS, lensa ultra-lebar 8MP, lensa makro 2MP, dan juga kamera hadapan 20MP. Bagaimanapun, lensa telefoto seperti yang disediakan pada Pro Plus versi China tiada pada model versi global ini.

Di dalamnya, Pro Plus menggunakan Qualcomm Snapdragon 7s Gen 3, manakala Pro menggunakan MediaTek Dimensity 7300 Ultra. Kedua-dua telefon pintar ini dikuasakan oleh bateri 5,110mAh, namun hanya Pro Plus sahaja mempunyai pengecasan 120W dengan Pro pula hanya terhad pada 45W. Untuk ketersambungan, ia menyokong 5G, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4, NFC dan juga eSIM.

Seterusnya Redmi Note 14 5G yang dilengkapkan dengan paparan AMOLED 6.67-inci 1080p dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak HDR 2,100 nits. Di dalamnya ia menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 7025 Ultra yang menyokong 5G, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.3 dan NFC.

Tetapan kameranya terdiri daripada kamera utama 108MP dengan OIS, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera hadapan 20MP. Ia juga mempunyai bateri 5,110mAh dengan sokongan pengecasan 45W, serta untuk keutuhannya pula ia menggunakan kaca Corning Gorilla Glass 5 dan penarafan IP64.

Satu-satunya model 4G untuk siri ini, Redmi Note 14 4G menggunakan skrin AMOLED 6.67-inci 1080p 120Hz dengan kecerahan puncak HDR 1,800 nits. Telefon pintar peringkat pemula ini menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity G99 Ultra yang menyokong 4G, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.3, dan NFC.

Telefon pintar ini mempunyai kamera-kamera yang terdiri daripada kamera utama 108MP dengan oIS, kamera makro 2MP, sensor berkedalaman, dan kamera hadapan 20MP. Ia mempunyai bateri 5,500mAH dengan sokongan pengecasan 33W dengan perlindungan Gorilla Glass 5 dan IP54.

Redmi Note 14 5G dijual pada harga RM799 untuk varian 6GB+128GB dan RM899 untuk varian 8GB+256GB. Manakala versi 4G pula harganya RM699 dengan konfigurasi 8GB+256GB configuration. Seterusnya, model Pro berharga RM1,199 untuk varian 8GB+256GB dan RM1,299 untuk 12GB+256GB.

Akhir sekali Pro Plus pula berharga RM1,699 dan RM1,899 masing-masing untuk konfigurasi 12GB+256GB dan 12GB+512GB. Anda boleh membuat pesanan untuk model-model di dalam siri ini bermula dari 11 sehingga 15 Januari menerusi laman web rasmi Xiaomi dan juga kedainya di Shopee dan Lazada.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.