Utama Perkakasan Qualcomm Siri Galaxy S24 yang akan datang dikatakan mungkin guna Snapdragon 8 Gen...

Siri Galaxy S24 yang akan datang dikatakan mungkin guna Snapdragon 8 Gen 3 yang di’overclock’

127
0
snapdragon-8-gen-3_gaming-qrd

Data daripada Geekbench baru-baru ini menunjukkan siri Samsung Galaxy S24 yang akan dilancarkan kelak dikatakan akan menggunakan pemprosesan yang telah dilewah jam (overclock)

Menurut Geekbench, Snapdragon 8 Gen 3 memiliki teras CPU dan GPU utama untuk peranti berkenaan telah ditetapkan pada kelajuan yang lebih tinggi. Menariknya, pemprosesan tersebut dilihat akan hadir ke siri Galaxy S24. Untuk model Ultra, ia dikatakan akan mempunyai kelajuan pemprosesan tertinggi pada 2.40GHz.

Selain itu, peranti berkenaan turut menampilkan tujuh teras yang lain dengan kelajuan pengoperasian yang sama dengan versi standard.

Qualcomm setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkembangan terkini tersebut.

Bergantung pada pasaran, tidak semua model siri Galaxy andalan tersebut akan menerima pemprosesan Snapdragon. Pasaran yang tidak menerima model yang menggunakan Snapdragon pada kebiasaannya akan menggunakan pemprosesan Exynos.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.