Syarikat penyedia perkhidmatan internet, Setia Haruman Technology yang diambil oleh Tenaga Nasional pada hujung tahun 2017, kini telah dijenamakan semula sebagai Allo Technology.
Anak syarikat Tenaga Nasional yang menyediakan sambungan internet gentian berkelajuan hingga 1Gbps ini telah meluaskan perkhidmatannya di Cyberjaya, Putrajaya dan Kampung Kerinchi (Bangsar South).
Selain menyediakan perkhidmatan rangkaian internet berkelajuan tinggi, Allo Technology turut menyediakan khidmat perundingan ICT, pembangunan projek dan juga pembekalan infrastruktur gentian optik berskala besar.
Di bawah Allo Technology, perkhidmatan internet City Broadband menawarkan pelan-pelan internet berkelajuan tinggi bermula dari RM79 sebulan untuk kelajuan minima 50Mbps, RM99 untuk 100Mbps, RM139 untuk 500Mbps dan yang paling tinggi 1Gbps pada kadar RM199 sebulan. Kesemua pelan-pelan ini bagaimanapun hanya terhad untuk pengguna-pengguna di Putrajaya, Cyberjaya dan Kampung Kerinchi.
Sumber berita diperoleh dari Allo Technology













