Samsung menurunkan harga tablet siri Galaxy Tab S9 terpilih bersempena promosi Samsung Gempak Raya. Bermula dari hari ini, harga bagi tablet-tablet berkenaan akan dijual pada harga RM300 lebih murah.
Tablet-tablet yang diturunkan harga tersebut merangkumi model asas Galaxy Tab S9 dan Galaxy Tab S9 FE. Promosi ini juga meliputi varian Wi-Fi sahaja dan Wi-Fi + 5G tablet-tablet berkenaan dengan konfigurasi storan 128GB dan 256GB.
Berikut senarai siri Galaxy Rab S9 dan harga baharu selepas penurunan harga oleh Samsung:
- Galaxy Tab S9 dengan Book Cover Keyboard Wi-Fi (256GB) – RM4199 –> RM3,899
- Galaxy Tab S9 dengan Book Cover Keyboard 5G (256GB) – RM4,849 –> RM4,549
- Galaxy Tab S9 FE Wi-Fi (128GB) – RM2,099 –> RM1,799
- Galaxy Tab S9 FE 5G (128GB) – RM2,699 –> RM2,399
- Galaxy Tab S9 FE Wi-Fi (256GB) – RM2,399 –> RM2,099
- Galaxy Tab S9 FE 5G (256GB) – RM2,999 –> RM2,699
Layari laman web rasmi siri Galaxy Tab S9 untuk maklumat lanjut.













