Utama Android Samsung Samsung Galaxy S23 ‘Plus’, ‘Ultra’ sahaja yang dikatakan terima sokongan Sentuhan Haptik

Samsung Galaxy S23 ‘Plus’, ‘Ultra’ sahaja yang dikatakan terima sokongan Sentuhan Haptik

832
0
Samsung Galaxy S22 Ultra

Samsung Galaxy S23 dijangka akan membawakan pelbagai pembaharuan baik dari segi kuasa pemprosesannya, hinggalah ke kameranya. Maklumat terkini berkenaan siri telefon pintar Samsung tersebut mendakwa beberapa fungsi mungkin tidak disokong sebagai salah satu usaha pengurangan kos.

Menurut sumber di Twitter, model standard Galaxy S23 mungkin tidak didatangkan dengan “motor bergetar (vibration motor).” Sungguhpun tidak menyatakan secara spesifik, terdapat kemungkinan varian standard ini tidak didatangkan dengan sentuhan haptik (haptic feedback).

Dikatakan, sentuhan haptik ini hanya terdapat pada dua varian yang lebih atas daripadanya iaitu Galaxy S23 ‘Plus’ dan Galaxy S23 ‘Ultra’. Setakat ini Samsung masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan ini.

Pengurangan kos ini mungkin mengambil kira faktor kenaikan kos bahan bekalan semasa global dan juga penularan wabak pandemik yang setakat ini masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda.

Pun begitu, pengurangan kos ini tidak membawa maksud harga Galaxy S23 kelak lebih murah dari sebelumnya. Inflasi dan kenaikan harga barangan keperluan semasa menyukarkan perkara ini berlaku.

Samsung dijangka akan mengumumkan kehadiran siri Galaxy S23 sekitar awal tahun hadapan, sama ada hujung Januari 2023 atau Februari 2023. Pada tahun ini, Samsung melancarkan siri Galaxy S22 sekitar pertengahan Februari 2022.

Tinggalkan komentar