Utama Android Samsung Samsung Galaxy A52s 5G boleh menambah RAM melalui muat turun kemaskini terbaru

Samsung Galaxy A52s 5G boleh menambah RAM melalui muat turun kemaskini terbaru

479
0

Salah satu trend terkini telefon pintar Android adalah keupayaan menambah RAM maya ke peranti melalui kemaskini perisian.

Kebanyakan pengeluar-pengeluar telefon dari China sudah pun memperkenalkannya ke beberapa model keluarannya. Kini, giliran Samsung pula menyediakan keupayaan tersebut.

Kemaskini terkini untuk Galaxy A52s 5G menawarkan keupayaan tersebut melalui apa yang dinamakan oleh Samsung sebagai RAM Plus.

Melaluinya, anda boleh mendapat RAM tambahan sehingga 4GB dengan mengambilnya dari storan telefon.

Fail halaman (pagefiles) telah wujud di dalam dunia perkomputeran sejak sekian lama dan fungsi melakukan fungsi yang sedemikian. Cuma pada tahun 2021 ini sahaja kebanyakan pengeluar telefon mula memanfaatkannya untuk meningkatkan kelajuan.

Kini, “download RAM” bukan lagi satu lawak jenaka seperti yang pernah popular di alam internet satu ketika dahulu.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.