AMD hari ini telah mengumumkan di Persidangan Teknologi GlobalFoundries akan menjalan peralihan teknologi bagi CPU Ryzen dan GPU Vega ke teknologi LP 12nm bermula tahun hadapan. Pengumuman ini hadir menerusi Ketua Pegawai Teknologi, Mark Papermaster.
Beliau turut mengesahkan ‘volume production‘ GlobalFoundries bagi LP12 akan dimulakan sekitar suku tahun pertama 2018. Ryzen dan Vega generasi kedua dijangka bakal menemui pengguna tidak lama selepas proses pengeluarannya bermula.
AMD telah mendedahkan bakal melancarkan dua senibina generasi baru sepanjang tempoh tiga tahun ini bagi meneruskan kesinambungan senibina CPU Zen dan GPU Vega. Perkara ini diumumkan sewaktu acara FAD awal tahun ini.
Senibina-mikro CPU Zen x86 14nm akan dimajukan melalui senibina 7nm untuk Zen 2 dan senibina 7nm+ untuk Zen 3. Untuk senibina grafik Vega pula, ia bakal diteruskan oleh Navi yang menggunakan teknologi 7nm dan sebuah lagi senibina yang menggunakan teknologi 7nm+ masih lagi belum dinamakan.
Sebelum mula menghasilkan Zen 2 dan Navi, AMD turut memperkenalkan rekaan Ryzen dan Vega yang diperbaharui yang dihasilkan di GlobalFoundries dengan teknologi LP 12nm. Tidak dapat dipastikan GPU Vega 11 bakal menggunakan teknologi 14nm atau dengan 12LP.
Selain AMD, Nvidia juga sedang menjalankan peralihan teknologi kearah penghasilan dengan proses 12LP. Para peminat permainan komputer perlu menunggu tahun depan untuk melihat sejauh mana perubahan teknologi yang bakal dibawakan oleh kedua-dua pengeluar chip grafik tersohor ini.
| Jenis Kad Grafik | AMD 400 Series | AMD 500 Series | AMD 600 Series | AMD 700 Series | GeForce 10 Series | GeForce 20 Series |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Senibina | Polaris | Polaris / Vega | Vega 2 | Navi | Pascal | Volta |
| Nod Proses | GF 14nm LPP | GF 14nm LPP | GF 12nm LP | GF 7nm FinFET | TSMC 16nm FF | TSMC 12nm FF |
| Memori | GDDR5 | GDDR5 / HBM2 | HBM2 | HBM3 | GDDR5/X | GDDR6 |
| GPU | Polaris 10, Polaris 11 | Polaris 20, Polaris 21, Vega 10, Vega 11 | TBA | Navi 10, Navi 11 | GP102, GP104, GP106, GP107 | GV102, GV104, GV106, GV107 |
| Tahun | 2016 | 2017 | 2018 | 2019 | 2016-2017 | 2018 |
Hala tuju CPU AMD
| AMD Summit Ridge | AMD Pinnacle Ridge | |
|---|---|---|
| Famili Produk | Ryzen 2000 Series | Ryzen 3000 Series |
| Nod proses | 14nm | 12nm |
| Teras CPU | Sehingga 8 | Sehingga 8 |
| Senibina GPU | N/A | N/A |
| TDP | 65W-95W | 65W-95W |
| Soket | AM4 | AM4 |
| Sokongan memori | DDR4 | DDR4 |
| Tahun dilancarkan | 2017 | 2018 |
Sumber berita diperoleh dari Tomshardware













