Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membuat pembayaran pencen secara bulanan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pesara. Ia akan menjadi penambahan dari pengeluaran sekali gus dengan caruman dibahagikan kepada simpanan persaraan dan pencen.

Menurut laporan Rangcangan Malaysia Ke-13, para pekerja kelak mampu membuat mengeluarkan sebahagian dari simpanan mereka di samping menerima pencen bulanan apabila mencapai usia persaraan.

Laporan yang sama juga menyebut tentang pembangunan platform digital bagi menggalakkan pemindahan dana dari anak-anak kepada ibu bapa masing-masing bagi menampung kos kehidupan selepas bersara.

Turut dinyatakan kemungkinan kerajaan akan meningkatkan usia bersara wajib dengan menyemak semula Akta Umur Persaraan Minimum 2012. Cadangan menaikkan usia bersara wajib mengikut skim perkhidmatan perlu dikaji bagi membolehkan semakan Akta Pencen 1980 dilaksanakan.

Menurut laporan, Malaysia mula bergerak ke arah negara tua pada 2021 apabila warganegara berusia 65 tahun dan ke atas mewakili 7% dari jumlah populasi. Langkah-langkah yang diambil ini merupakan persediaan apabila negara kita menjadi negara tua yang dijangka berlaku menjelang 2043.

Tinggalkan komentar