Bagi anda yang ingin memulakan azam Tahun Baru dengan beralih kepada pelan telco yang baharu, anda mungkin boleh menggunakan redONE. Baru-baru ini redONE telah memperkenalkan dua pelas pascabayar terbaru yang menawarkan data penggunaan bulanan sehingga 20GB.

Pelan yang dinamakan sebagai ‘Amazing Plans’ ini ditawarkan dalam bentuk dua pakej iaitu RM28 untuk data bulanan 10GB dan RM48 untuk data bulanan 20GB. Untuk kadar panggilan pula, ia masih sama seperti pelan-pelan lain yang menawarkan panggilan tanpa had untuk kesemua nombor talian redONE.

Bagaimanapun, data bulanan bagi pelan-pelan terbaru ini terbahagi kepada dua bahagian – 4G LTE dan internet asas. Misalnya, pelan Amazing28 menawarkan 4GB data 4G LTE dan 6GB data internet asas. Manakala Amazing48 pula menawarkan 8GB data 4G LTE dan 12GB data internet asas. Kelebihan lain pada pelan Amazing48 adalah tambahan 200 minit panggilan percuma ke semua rangkaian mudah alih tempatan dan talian tetap.

redONE Amazing Plans Amazing28 Amazing48
Komitmen bulanan RM28 RM48
Data (4G LTE + Internet Asas) 4GB+6GB 8GB+12GB
Panggilan Percuma (On-net) Tanpa had ke semua nombor redONE
Panggilan Percuma (Off-net) 200 minit
Kadar Panggilan 15sen/minit ke semua rangkaian lain
Kadar SMS 5sen/SMS onnet 5sen/SMS onnet
Kontrak Tempoh minima 6 bulan atau 24 bagi pengguna nombor premium

Sumber berita diperoleh dari redONE

Tinggalkan komentar