Utama Android Redmi Redmi Turbo 4 Pro secara rasminya dilancarkan dengan Qualcomm Snapdragon 8s Gen...

Redmi Turbo 4 Pro secara rasminya dilancarkan dengan Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4

78
0

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar baharunya di bawah sub-jenama Redmi melalui Turbo 4 Pro. Peranti baharu keluaran Xiaomi ini merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4.

Menampilkan paparan OLED 6.83-inci beresolusi 2,722 x 1,280 piksel dengan kadar penyegaran semula 120Hz, Redmi Turbo 4 Pro turut dilengkapkan dengan pengimbas cap jari optikal. Ia juga mempunyai bateri besar berkapasiti 7,550mAh dengan sokongan pengecasan berwayar sehingga 90W dan pengecasan berbalik sehingga 22.5W.

Untuk kamera di belakangnya, ia mempunyai kamera utama Sony LYT600 50MP dengan OIS, dan kamera ultra-lebar 8MP. Manakala di sebelah hadapannya disediakan sebuah kamera 20MP. Telefon pintar yang mempunyai penarafan kerintangan debu dan air IP68 ini juga tersedia di dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, putih dan hijau, serta edisi khas Harry Potter.

Redmi Turbo 4 Pro ditawarkan di dalam lima pilihan konfigurasi iaitu 12GB + 256GB, 12GB + 512GB, 16GB + 256GB, 16GB + 512GB, dan 16GB + 1TB dengan harganya bermula dari RMB1,999 (~RM1,199) di China. Buat masa ini Xiaomi masih belum mengesahkan ketersediaan telefon pintar ini di pasaran antarabangsa, namun terdapat ura-ura yang mengatakan ia akan dijenamakan semula sebagai POCO F7.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.