Utama Android Nubia Red Magic 8S Pro: Telefon Pintar pertama dengan RAM 24GB akan dilancarkan...

Red Magic 8S Pro: Telefon Pintar pertama dengan RAM 24GB akan dilancarkan pada 5 Julai ini

214
0
nubia red magic 8s pro

Pengeluar telefon pintar Android seringkali bersaing untuk menjadi yang pertama membawakan spesifikasi terbaik dan tertinggi pada telefon pintar keluaran masing-masing. Ia seterusnya membawa kepada persaingan memperkenalkan kamera sehingga 200MP dan pengecasan pantas sehingga 210W seperti yang ada di pasaran sekarang.

Kini, terdapat pengeluar yang membawakan RAM paling besar pada telefon pintar Android melalui Red Magic 8S Pro oleh Nubia. Ia bukanlah gimik pemasaran yang mencampurkannya dengan RAM maya. Sebaliknya ia benar-benar kapasiti RAM telefon pintar berkenaan.

Sepatutnya dengan kapasiti RAM yang besar ini, ia mampu membawakan pengalaman kepenggunaan yang lebih pantas dan lancar. Cuma sama ada telefon pintar memerlukan kapasiti sebegini atau sekadar angka yang besar untuk menarik perhatian pengguna masih lagi menjadi tanda tanya.

Terdapat ura-ura yang mengatakan dua lagi jenama – OnePlus dan Realme sedang dalam usaha untuk memperkenalkan telefon pintar dengan RAM sehingga 24GB.

Berbalik kepada Red Magic 8S Pro tadi, Nubia telah mengesahkan telefon pintar baharunya ini akan mempunyai pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 yang telah dilewahjam, 3.36GHz, lebih tinggi dari model standard 3.19GHz.

Red Magic 8S Pro dijadualkan akan dilancarkan pada 5 Julai di dalam sebuah acara yang akan diadakan di China. Ia dijangka akan mempunyai beberapa persamaan dengan Red Magic 8 Pro yang baharu sahaja dilancarkan baru-baru ini. Antaranya skrin OLED Full HD+ 6.8-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia juga dijangka akan hadir dengan tri-kamera dengan salah satunya 50MP dan satu kamera hadapan bawah skrin paparan 16MP.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.