Awal bulan ini, realme telah dilaporkan sedang mempersiapkan untuk melancarkan realme GT Neo 3T dengan persijilannya dari beberapa pihak berwajib sudah pun diterima.
Sungguhpun tarikh sebenar pelancarannya masih lagi belum diketahui, pasukan realme global telah mengumumkan telefon ini akan dilancarkan “tidak lama lagi.”
Berdasarkan gambarajah yang dikongsikan oleh realme, GT Neo 3T akan menempatkan kamera hadapannya pada bahagian berpenebuk lubang pada penjuru kiri atasnya. Selain itu GT Neo 3T juga akan mempunyai butang kuasa pada sisi kanannya.
Tidak dapat dipastikan sama ada telefon ini akan menggunakan cap jari terbina dalam skrin atau ditempat lain bagi fungsi keselamatan biometriknya. Jika ia menggunakan fungsi imbasan cap jari di dalam skrinya, telefon ini mungkin hadir dengan skrin AMOLED.
So, who got the right answer from the "T"? #realmeGTNEO3Series #NEOSpeedAwakens pic.twitter.com/U7oAObEPHB
— realme Global (@realmeglobal) May 27, 2022
realme masih lagi belum menyatakan apa-apa mengenai spesifikasi GT Neo 3T setakat ini. Namun, Geekbench menyatakan telefon ini akan hadir dengan Snapdragon 870, RAM8GB dan Android 12.













