Utama Telco Maxis Program Biasiswa Maxis 2022 kembali dengan fokus berterusan untuk membina keupayaan teknologi

Program Biasiswa Maxis 2022 kembali dengan fokus berterusan untuk membina keupayaan teknologi

393
0
Maxis Scholarship Program 2022

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2022 – Sebahagian besar komitmen Maxis untuk melabur dalam negara adalah dengan menyokong komuniti –pelajar, wanita, usahawan dan komuniti B40 – melalui kepentingannya dalam pendidikan.

Dengan melabur dalam bakat wanita, STEM, kepimpinan dan inovasi bagi generasi akan datang, Program Biasiswa Maxis yang terkemuka kini kembali untuk membantu golongan muda Malaysia mencapai aspirasi akademik mereka dan peluang untuk menyumbang kepada negara.

“Kami berbesar hati melihat sambutan positif terhadap program Biasiswa kami sejak dilancar pada tahun 2020. Matlamat kami adalah untuk terus menyokong bakat muda Malaysia dalam membina kemahiran lestari, agar mereka kekal menerajui dan relevan dalam lanskap yang pantas berubah serta dipacu oleh teknologi.

Ini ialah peluang yang hebat dan tepat masanya untuk pelajar, jadi kami mengalakkan calon untuk memohon hari ini!” kata Natalia Navin, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Maxis.

Permohonan kini dibuka hingga 12 September 2022. Calon yang berminat boleh menyemak kriteria dan mengetahui cara permohonan di https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/career/maxis-scholarship-programme/

Tiga kategori biasiswa Maxis adalah seperti berikut:

  1. Maxis Women in Tech Scholarship: Membolehkan wanita muda yang cemerlang dari semua latar belakang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang teknologi yang berbeza.
  2. Maxis Tech Scholarship: Membentuk bakat yang minat teknologi dan inovasi untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam pelbagai bidang teknologi.
  3. Maxis Young Leaders Scholarship: Menyediakan platform untuk mendorong pelajar ke arah membina kepimpinan, serta sebagai pencetus inovasi dan perubahan.

Tahun lepas, 15 individu cemerlang telah dianugerahkan biasiswa Maxis selepas proses pemilihan yang melibatkan penilaian, activity berkumpulan dan temu duga.

Testimoni penerima Biasiswa Maxis yang sekarang:

Choo Carmen, penerima Maxis Women in Tech Scholarship yang mempelajari Sains Komputer di Monash University Malaysia

“Program Biasiswa Maxis telah memberikan saya peluang untuk melanjutkan minat saya dalam bidang Sains Komputer. Melalui program ini, saya juga diberikan peluang latihan amali, di mana saya dapat belajar dan memahami bagaimana pengkomputeran digunakan untuk inovasi dan transformasi. Saya berterima kasih kepada Maxis kerana memberikan saya peluang untuk mencapai impian saya.”

Roy Ng Zhan Lok, penerima Maxis Tech Scholarship yang mempelajari Kejuruteraan Mekanikal-Elektronik (Mekatronik) di Monash University Malaysia

“Saya mencari biasiswa untuk meringankan beban kewangan keluarga saya kerana yuran bagi ijazah STEM sangat mahal, terutama sekali di universiti yang terkemuka. Program Biasiswa Maxis ialah peluang keemasan. Program ini membuktikan betapa Maxis menghargai bakatnya disebabkan kerjasama rapat mereka dengan kami.”

Farra Dayana Durra binti Jamil, penerima Maxis Women in Tech Scholarship yang mempelajari Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Malaya

“Saya teruja kerana dipilih sebagai penerima Biasiswa Maxis tahun lepas, sekaligus dapat membina kemahiran saya dalam bidang teknologi. Selain daripada bantuan kewangan, latihan amali mendedahkan kami kepada teknologi terkini. Kami juga mendapat sokongan daripada penyelia, rakan-rakan penerima biasiswa yang lain dan Pasukan Bakat Muda untuk sentiasa memperbaik diri kami. Mereka melengkapkan kami dengan pengetahuan baharu yang membolehkan kami menyerlahkan potensi diri.”

Calon yang berminat digalakkan untuk menyemak kriteria kelayakan dan mengetahui cara permohonan di https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/career/maxis-scholarship-programme/ 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.