Utama Teknologi Permainan Gambar dan Video PlayStation 4 nipis tertiris

Gambar dan Video PlayStation 4 nipis tertiris

991
1

Semakin hampir kita dengan acara Sony PlayStation yang dijadualkan berlangsung pada 9 September ini, lebih banyak maklumat tentang Sony PlayStation 4 terbaru didedahkan. Terbaru, peminat konsol permainan ini didedahkan dengan video tertiris yang menunjukkan rupa luaran rekaan model terbaru PlayStation.

Banyak pihak memberi spekulasi bahawa peranti di dalam video berkenaan adalah PlayStation 4 Slim. Video yang pada asalnya dimuat naik oleh laman Eurogamer telah pun dipadamkan atas sebab undang-undang.

Bagaimanapun, dah namanya pun internet. Bila dah dipadamkan, ada je pihak lain yang ‘sudi’ memuat naiknya kembali.

Selain dari rekaan terbaru dan rupa yang lebih nipis, kelihatan versi terbaru PlayStation 4 ini sama dengan model semasa dari segi kefungsiannya. Namun, Eurogamer sembang macam memang sah ini adalah PlayStation 4 versi nipis yang baru, siap dengan gambar lagi. Tapi nak percaya atau tak, terpulang.

Buat masa ini masih tiada lagi kata putus dari pihak Sony untuk mengesahkan kesahihan berita ini. Jadi, kemungkinan besar versi PlayStation 4 di dalam imej ini bukanlah versi final dan mungkin akan terdapat beberapa perubahan.

Apapun, lebih banyak tentang PlayStation 4 baru yang nipis akan kita ketahui pada 7 September ini. Selain dari konsol berkenaan, turut dinanti-nantikan adalah PlayStation Neo.

-Sumber berita diperoleh dari The Verge, Eurogamer

1 komen

Tinggalkan komentar