Berikutan pemansuhan penggunaan sistem SmartTAG, pihak Touch ‘n Go telah mengumumkan bakal memulakan pengujian penggunaan pelekat RFID bermula dari 3 September ini.
Bagaimanapun, orang ramai masih lagi belum boleh mendapatkan pelekat berkenaan di premis-premis Touch ‘n Go buat masa ini.
Menurut pihak Touch ‘n Go, orang ramai yang berminat untuk menyertai kerja pengujian sistem RFID ini boleh mendaftar di laman web rasmi Touch ‘n Go. Perincian berkenaan pelekat berkenaan akan disediakan dalam masa terdekat ini.
Sungguhpun Touch ‘n Go tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengguna yang ingin mendapatkan pelekat RFID berkenaan, pengguna masih lagi perlu membayar sendiri untuk kadar tol yang dikenakan. Pembayaran tol RFID ditolak melalui amaun yang terdapat di dalam aplikasi TnG eWallet pengguna sendiri.
Berdasarkan keterangan yang dinyatakan di dalam ruangan soalan-soalan lazim Touch ‘n Go, pelekat RFID tersebut boleh ditampal pada cermin depan kereta atau pada lampu depan. Buat masa ini, pengguna hanya dibenarkan menampal pelekat RFID di pusat-pusat khusus yang dibenarkan oleh pihak Touch ‘n Go. Setiap pelekat hanya boleh didaftarkan pada sebuah kenderaan sahaja.
Sumber berita diperoleh Touch ‘n Go.














Adakah RFID boleh digunakan untuk parking dan lain2 kemudahan
Boleh tak dipindahkan kepada kereta lain
Setakat ni utk kegunaan lain bergantung dgn servis apa yang apps TnG e-Wallet boleh sedia kan. Sticker tu pulak terhad utk 1 sticker, 1 kenderaan sahaja