Keperluan permainan mudah alih pada sesebuah telefon adalah agak tinggi dan oleh itu, Digi telah memperkenalkan RDY, sebuah pelan prabayar khusus untuknya.
Menurut Digi, RDY menawarkan permainan tanpa had kelajuan pada judul tertentu, lebih masa respon melalui lewahan (latency) yang dioptimasikan, serta ganjaran tunai apabila penggunanya membeli kredit permainan melalui baki prabayar Digi.
Pelan prayabar Digi RDY Gaming berharga RM88 sebulan. Pun begitu, bersempena promosi pelancarannya, harganya kini ditawarkan pada RM68 sebulan.
Pelan ini mneawarkan panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian di dalam Malaysia serta 50GB data berkelajuan tinggi untuk semua jenis kegunaan. Jika anda inginkan lebih lagi, anda boleh mendapatkan kuota tambahan dari RM3 untuk 1.5GB hingga RM10 untuk 10GB.
Selain itu, pelan ini juga menawarkan penggunaan tanpa had bagi 7 jenis permainan yang merangkumi judul seperti:
- PUBG
- Mobile Legends: Bang Bang
- FreeFire, Call of Duty
- AoV (Arena of Valor)
- League of Legends (Wild Rift)
- League of Legends (PC)
Ketujuh-tujuh judul berkenaan juga ditawarkan dengan “Optimised Gaming Latency” yang mana Digi mengoptimasikan keutamaan rangkaiannya bagi menyediakan masa lewah yang lebih baik pada judul-judul tertentu.
Melaluinya, pengguna dapat menikmati maklumbalas ping yang bagus dengan lag yang minimum. Bagaimanapun, penawaran ini bergantung kepada lokasi di mana anda memainkan permainan tersebut.
Digi RDY juga menawarkan pulangan tunai kredit sebanyak 5% apabila anda menggunakan kredit Prabayar Digi untuk membuat pembayaran secara online di:
- Google PlayStore
- Apple App Store
- Huawei AppGallery
- Garena App Store
- Coda Shop
Sebagai bonus tambahan kepada pengguna terawal, 500 pelanggan terawal akan menerima kuota internet tambahan sebanyak 10% selama 12 bulan. Anda yang berminat boleh mendaftar Pelan Digi RDY Gaming melalui kedai dalam talian Digi. Manakala bagi pelanggan Digi sedia anda yang ingin bertukar ke pelan ini, anda boleh melakukannya dengan mendail *128#.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Digi Malaysia.