Utama Teknologi Permainan Sony lancarkan Pek Permulaan PlayStation 4 terbaru dengan Storan 1TB dan 2...

Sony lancarkan Pek Permulaan PlayStation 4 terbaru dengan Storan 1TB dan 2 Permainan pada harga RM1,449

1009
0

Sony Interactive Entertainment baru-baru ini telah mengumumkan akan melancarkan Pek Permulaan PlayStation 4 ke Malaysia hujung bulan ini. Pek permulaan berkenaan turut menyertakan dua judul permainan sebagai daya tarikan.

Unit PlayStation 4 yang ditawarkan di dalam pek berkenaan merupakan dari jenis storan 1TB bersama-sama permainan FIFA 19 dalam bentuk pemacu dengan permainan Overcooked! 2 versi muat turun.

Bukan itu sahaja, pek permulaan terbabit juga mengandungi kad baucar FIFA Ultimate Team FIFA 19 yang membolehkan pemain menebusnya untuk kegunaan pembelian di dalam permainan. Turut disertakan baucar langganan PlayStation Plus selama 1 bulan dan jaminan tambahan setahun untuk konsol permainan berkenaan.

Pada harga RM1,449, Pek Permulaan Sony PlayStation akan mula memasuki pasaran Malaysia pada 26 April 2019. Pada tarikh yang sama, alat kawalan konsol Alpine Green DualShock 4 edisi terhad turut ditawarkan dengan harga RM259.

Maklumat lanjut, layari Sony Interactive Entertainment

Tinggalkan komentar