KUALA LUMPUR, 24 JUN 2025 – Penyedia perkhidmatan fintech Malaysia Paydibs hari ini telah melancarkan Paydibs NEO, terminal pembayaran serba lengkap yang direka untuk memudahkan urusan pembayaran bagi peniaga serta menyokong keperluan perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang semakin berkembang. Direka untuk menyatukan pelbagai kaedah pembayaran ke dalam satu terminal pintar yang kompak, NEO mencerminkan hala tuju baharu Paydibs: Payment Inclusion. Beyond Transactions.

Pelancaran ini merupakan satu pencapaian penting dalam fasa pertumbuhan baharu Paydibs, dengan matlamat untuk menjadikan solusi pembayaran moden dan selamat lebih mudah diakses oleh perniagaan dari pelbagai saiz. NEO membantu menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh peniaga masa kini yang menggunakan pelbagai kaedah pembayaran berasingan seperti paparan QR, terminal kad dan “soundbox”. Dengan menyatukan semua fungsi yang tersebut ke dalam satu peranti kompak dan bergaya, NEO menawarkan kaedah pembayaran yang lebih ringkas dan pintar untuk peniaga.

NEO menyokong pelbagai kaedah pembayaran digital untuk memenuhi keperluan pengguna masa kini. Terminal ini menerima QR DuitNow dinamik, yang menjana kod unik bagi setiap transaksi. Ciri ini menyokong semua pembayaran menggunakan e-dompet utama seperti Touch ’n Go (TNG), GrabPay, MAE, Boost dan MCash, dengan lebih banyak integrasi yang akan datang. Penerimaan pembayaran melalui kad termasuk tanpa sentuh (wave), cip dan PIN juga akan diaktifkan dalam masa terdekat untuk MyDebit, Visa dan Mastercard. NEO turut bersedia untuk menyokong perkhidmatan Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL), dengan Shopee PayLater, Grab PayLater, Atome dan AhaPay yang akan dilancarkan secara berperingkat. 

Antara ciri utama NEO termasuklah dwi-skrin yang membolehkan peniaga dan pelanggan menyemak butiran pembayaran, slot cip dan PIN untuk transaksi yang lebih selamat, papan kekunci fizikal dan pengesahan suara sedia ada dengan pelbagai pilihan bahasa. Peniaga juga boleh mendapatkan paparan transaksi segera melalui terminal tanpa perlu membuka portal berasingan. Bagi perniagaan berskala besar, NEO boleh  diintegrasikan dengan sistem POS sedia ada bagi menyelaraskan operasi dan meningkatkan kelancaran proses pembayaran.

Dengan sokongan dua rangkaian WiFi dan SIM, NEO menawarkan pilihan sambungan yang fleksibel mengikut keperluan perniagaan. Peniaga juga boleh memilih pelan data Maxis selama 12 bulan pada harga RM30, salah satu pakej yang paling berbaloi di pasaran. Terminal ini dikuasakan dengan bateri 2600mAh yang mampu bertahan lebih 48 jam dengan penggunaan berterusan dan diperakui oleh PCI DSS, EMV dan SIRIM, menepati piawaian keselamatan dan pematuhan pembayaran.

NEO kini boleh didapati pada harga pengenalan RM189 untuk 2,000 unit pertama (Harga Pasaran RM259) tanpa sebarang kontrak atau yuran tahunan. Proses pendaftaran adalah sepenuhnya dalam talian dan hanya memerlukan nombor pendaftaran SSM yang sah, dengan kelulusan biasanya diberikan dalam masa kurang daripada 60 minit. Penghantaran NEO akan bermula pada 23 Jun 2025.

Pelancaran NEO menandakan permulaan strategi pengembangan produk Paydibs secara lebih menyeluruh. Dengan rancangan untuk memperkenalkan kemudahan pembiayaan bersepadu dan integrasi yang lebih mendalam dengan sistem pembayaran negara, Paydibs komited untuk menawarkan penyelesaian yang menyokong kesinambungan, kecekapan operasi, dan pertumbuhan jangka panjang perniagaan.

Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan Paydibs NEO, sila layari  https://paydibs.com/paydibs-NEO. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelancaran semula Paydibs, produk yang akan datang dan peluang kerjasama, sila layari  https://paydibs.com/.

Tinggalkan komentar