Adakah anda kerap bergerak dan memerlukan aplikasi-aplikasi terbaik untuk menguruskan portfolio pelaburan anda ketika berjalan? Dengan begitu banyak aplikasi pelaburan yang inovatif, melabur kini lebih mudah dilakukan. Sebagai pelabur berpengalaman, ini adalah berita baik dan juga berita buruk – anda ada banyak pilihan dengan jumlah yang sangat besar. Jadi, bagaimanakah anda akan menentukan aplikasi pelaburan yang mana untuk digunakan pada 2025? Dalam panduan ini, kami akan menyorotkan aplikasi-aplikasi terbaik yang ada di pasaran sekarang.
Mengapakah Anda Patut Menggunakan Aplikasi Kewangan?
Pada masa lepas, orang perlu menguruskan kewangan mereka secara manual, menggunakan kertas, spreadsheet atau gerbang bank yang mengelirukan. Ini kerap menyebabkan ralat, ketiadaan ketelusan, dan ketegangan. Aplikasi kewangan telah merevolusikan proses-proses ini dengan memberikan gambaran keseluruhan pendapatan dan perbelanjaan, membuat banyak langkah menjadi automatik, dan membantu pelabur-pelabur membuat keputusan bermaklumat. Jika dipilih dengan betul, aplikasi-aplikasi ini memberi faedah kepada pelabur-pelabur baru dan berpengalaman.
Gambaran Keseluruhan Aplikasi Kewangan Terbaik 2025
Jika anda mahu menguruskan semuanya sendiri, pengurusan kewangan akan terasa melecehkan dengan pantas. Aplikasi-aplikasi kewangan di bawah setiap satunya menawarkan penyelesaian moden yang menjimatkan masa, membuatkan kehidupan harian lebih mudah dan murah berbanding mengupah pengurus kewangan.
MetaTrader 5 – Untuk Berdagang
MetaTrader 5 (MT5) adalah aplikasi berdagang berbilang aset berkuasa digunakan oleh pelabur berpengalaman untuk ciri-ciri majunya dan antaramukanya yang mesra pengguna. Ia menawarkan perkakas-perkakas lengkap untuk analisis harga, aplikasi dagangan algoritma, dan dagangan salinan. Forex, saham, future, option, dan bon adalah antara pasaran kewangan yang anda boleh akses dengan MT5. Ini boleh jadi dalam bentuk CFD atau spot asset, bergantung kepada apa yang broker anda tawarkan. Ini adalah peningkatan berbanding MT4, yang hanya menawarkan Forex dan CFD, bermaksud anda mendapat lebih banyak pendedahan kepada pasaran kewangan dengan MT5 berbanding dengan MT4. Dengan lebih 80 penunjuk teknikal dan kalendar ekonomi bersepadu, anda akan mendapat semua yang anda mahu untuk membuat keputusan bermaklumat dalam aplikasi MT5.
Fidelity Investments – Aplikasi Pengurusan Aset Terbaik
Fidelity memberikan pelabur berpengalaman akses kepada 25 pasaran global dan 20 matawang melalui aplikasi mesra penggunanya. Ia menawarkan sebutharga masa sebenar, pencartaan maju dan sejumlah besar sumber kajian. Anda akan menemui banyak produk pelaburan, termasuk saham, ETF, bon dan dana bersama. Potion hanya berharga $0.65 bagi setiap kontrak di Fidelity, dan platform ini tidak mengenakan sebarang yuran untuk saham Amerika Syarikat dan dagangan ETF. Aplikasi Fidelity juga menawarkan video-video pembelajaran bersaiz kecil dalam format serupa dengan reels. Bagi mereka yang mahu memperkenalkan tabiat pelaburan yang sihat kepada anak remaja mereka, aplikasi Fidelity Youth boleh digunakan dengan pengawasan ibu bapa.
TradingView – Aplikasi Analisis Teknikal Terbaik
TradingView tidak diragukan lagi adalah satu daripada aplikasi analisis teknikal terbaik. Modul grafiknya adalah paling maju di internet; dan terbaik sekali ia percuma untuk diakses. Anda boleh memplotkan semua analisis anda, membandingkan harga-harga untuk aset-aset berbeza, menambah penunjuk teknikal seperti RSI, MACD dan Bollinger bands, atau memaparkan corak carta pilihan anda secara automatik.
Di TradingView, anda juga boleh berkongsi analisis anda dan mendapat manfaat daripada analisis ahli-ahli lain. Versi premium membolehkan anda mendapat lebih banyak pilihan. Anda boleh bergantung kepada platform dagangan rakan kerjasama jika mahu meletakkan pesanan terus dari analisis teknikal anda.
Robinhood – Aplikasi Bebas Komisen Terbaik
Robinhood adalah aplikasi pelaburan yang moden dan mudah digunakan, yang memperkenalkan konsep dagangan bebas komisen pada produk-produk kewangan. Sejak itu, platform ini telah menepati janjinya untuk menjadi platform yang selamat dan berkos rendah untuk berdagang matawang kripto, saham, option dan ETF. Ia menawarkan dagangan 24/5, perkakas pencartaan dan suapan berita mudah alih untuk memenuhi keperluan pelabur yang sofistikated. Walaupun suapan berita adalah sumber maklumat yang hebat untuk peristiwa-peristiwa lepas, platform ini masih tiada ciri-ciri perlu untuk bersedia menangani peristiwa-peristiwa akan datang. Namun begitu, antaramuka Robinhood yang mesra pengguna, mudah alih diutamakan membuat dagangan lebih mudah capai untuk pelabur baru, dan ia adalah pilihan hebat untuk pelabur-pelabur aktif yang sering bergerak.
Wealthfront – Aplikasi Pelaburan Automatik Terbaik
Wealthfront adalah platform penasihat robot yang teguh untuk pelabur-pelabur yang berminat dalam pengurusan portfolio automatik. Ia menawarkan berbilang pilihan akaun dan lebih 500 pelan pelaburan direka oleh pakar-pakar kewangan. Penuaian kehilangan cukai adalah satu daripada ciri-ciri paling penting Wealthfront, selain imbangan semula automatik dan perkakas perancangan kewangan. Walaupun keperluan pelaburan minimum $500 atau lebih adalah sedikit tinggi berbanding pesaingnya, jika anda suka pendekatan lepas tangan dalam pelaburan anda, anda akan suka aplikasi Wealthfront.
Mint – Aplikasi Kewangan Peribadi Terbaik
Mint adalah aplikasi kewangan peribadi yang tidak ternilai yang menggabungkan semua akaun kewangan anda ke dalam satu papan pemuka dan memberikan kemaskini masa sebenar ke atas baki dan urusniaga. Selain perkakas pembelanjawannya, Mint membantu anda menjejak bil, matlamat simpanan, dan markah kredit anda. Dengan pemberitahuan yang tepat masa, anda boleh mengelak terlepas had masa untuk bil dan bayaran lewat anda. Anda juga boleh mengawasi portfolio pelaburan dan menganalisa prestasi pelaburan anda di aplikasi yang sama untuk mendapatkan gambaran keseluruhan menyeluruh situasi kewangan anda. Lebih baik lagi, ia percuma sepenuhnya.
Kit Perkakas Pelaburan Mudah Alih Anda
Perubahan dalam industri kewangan tidak dapat dihentikan. Selama lebih daripada sedekad, trendnya telah bergerak menjauhi membuka akaun simpanan tradisional di bank setempat anda kepada menggunakan broker dalam talian yang mesra pengguna. Akibatnya, aplikasi kewangan juga menjadi lebih penting di kalangan pedagang-pedagang aktif dan pelabur-pelabur jangka panjang – tidak peliklah hampir setiap broker sekarang melancarkan aplikasi pelaburannya sendiri. Dengan memilih aplikasi kewangan yang menepati strategi anda, anda akan dapat mengambil manfaat terbesar daripada peluang pelaburan bila-bila masa, di mana sahaja dan akan dalam perjalanan untuk mencapai kejayaan berlanjutan.