Utama Mobile Android OPPO secara rasminya perkenalkan teknologi Kamera Bawah Paparan di MWC Shanghai 2019

OPPO secara rasminya perkenalkan teknologi Kamera Bawah Paparan di MWC Shanghai 2019

873
0

OPPO baru-baru ini telah memperkenalkan secara rasmi teknologi kamera swafoto bawah paparan bersempena Kongres Peranti Mudah Alih Sedunia (Mobile World Congress) Shanghai 2019. Teknologi ini merupakan pertama seumpamanya di dunia.

Setakat ini OPPO masih belum mengumumkan bilakah teknologi ini akan diimplementasikan pada telefon-telefon pintar keluarannya. Namun, menjanjikan ianya bakal dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini.

Teknologi kamera bawah paparan dari OPPO ini menggunakan bahan lutsinar tersuai untuk paparannya dan juga penderia kamera yang telah tersuai. Kawasan permukaan skrin paparan yang menempatkan kamera di bawahnya dibuat menggunakan bahan amat lutsinar yang mempunyai struktur piksel yang direka semula bagi membolehkan cahaya menembusi ke penderia kamera. Skrin di atas kamera ini juga boleh berfungsi seperti biasa apabila ketika kamera berkenaan tidak digunakan.

Penderia kameranya yang juga lebih besar jika dibandingkan dengan kebiasaan terdapat pada telefon pintar ini mempunyai aperture yang lebih besar bagi membolehkan lebih banyak cahaya dapat dicerap.

Oleh kerana mempunyai skrin di hadapan kamera akan memberi kesan terhadap kualiti gambar yang diambil, OPPO hadir dengan penyelesaian melalui algoritma lanjutan. Ia digunakan bagi membaiki imej yang diambil dengan cara membuang kabus, menyeimbangkan warna putih, dan HDR bagi memastikan imej yang diambil setara dengan kamera swafoto lain.

Selain dari OPPO, pesaingnya di China iaitu Xiaomi turut sama sedang mengusahakan teknologi kamera di bawah paparan dan akan diperkenalkan tidak beberapa lama lagi.

Sumber berita diperoleh dari Engadget

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.