Pengguna Samsung Galaxy S22 5G, S22+ 5G dan S22 Ultra 5G di Malaysia kini mula menerima kemaskini One UI 5 yang turut membawakan versi terkini Android 13.

Selain dari menawarkan antaramuka pengguna baharu yang lebih segar, One UI 5 menjanjikan pengalaman kepenggunaan yang lebih lancar melalui animasi dan kesan transisi baharu.

Kemaskini One UI 5 yang ditawarkan untuk pengguna-pengguna di Malaysia bersaiz lebih kurang 3.3GB. Sebaiknya anda memuat turunnya melalui rangkaian internet yang pantas dan tanpa had. Selain kemaskini antaramuka baharu berkenaan, ia turut membawakan tampalan keselamatan bagi bulan Oktober 2022.

Jika anda masih lagi belum menerima sebarang notifikasi, anda boleh membuat semakan kemaskini secara manual dengan pergi Settings > Software Update > Download and Install.

https://www.youtube.com/watch?v=nrQpvU6K4Cg

Antara perubahan besar yang dibawakan termasuklah pilihan pengubahsuaian baharu untuk skrin berkunci, wijet bertindan, serta Material You yang lebih menyeluruh. Kemaskini ini juga membawakan perubahan pada rekaan notifikasi dan gestur berbilang tugasan.

Turut diperkenalkan menerusi kemasskini ini, Extract Text yang menggunakan teknologi pengecaman teks yang lebih pintar. Seperti biasa, ciri keselamatan baharu yang telah dipertingkatkan turut ditawarkan di dalam kemaskini ini.

Samsung juga mengemaskini aplikasi-aplikasi natifnya seperti:

  • Galaxy Wearable
  • Samsung Kids
  • PENUP
  • Samsung Internet
  • Samsung Health
  • Smart Things
  • Samsung Members
  • Samsung Pay
  • Calculator
  • Smart Switch
  • Voice Recorder

Aplikasi kamera juga menerima perubahan pada rekaannya yang mana anda kini lebih mudah melakukan zoom jika menggunakan dengan sebelah tangan. Turut ditambah, kamera telefoto kini boleh digunakan untuk menangkap gambar di dalam mod Food.

One UI 5 juga membawakan Maintenance Mode yang memudahkan telefon anda dihantar untuk dibaiki tanpa sebarang kebimbangan fail-fail peribadi anda di dalamnya diceroboh.

Tinggalkan komentar