Netflix baru-baru ini telah menambahkan fungsi terbarunya, Screen Lock ke dalam versi Android aplikasinya. Sepertimana namanya, fungsi terbaru ini direka bagi mengelakkan gangguan tontonan Netflix akibat pengguna sendiri tersentuh skrin.
Bagi mengaktifkan fungsi Screen Lock ini, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menekan pilihan yang diletakkan pada penjuru kiri bawah skrin. Sebaik diaktifkan, labelĀ Screen Lock akan dipaparkan pada bahagian tengah bawah skrin, dan akan hilang dalam tempoh beberapa saat.
Untuk menyahaktifkannya, ketik sahaja pada memaparkan ikon kunci dan ketik padanya untuk mendapatkan prompt “Unlock controls?” untuk seterusnya membolehkan pengguna menggunakan fungsi butang kawalan main semula.
Penambahan fungsi ini pastinya amat membantu para pengguna menikmati tontonan Netflix dengan gangguan yang minima.
Selain dari penambahan fungsi ini, Netflix turut mengemaskini tetapan Kawalan Ibubapa dengan menambah fungsi terbaru seperti mengunci profail individu dengan nombor PIN. Selain itu, fungsi tapisan kandungan juga dipertingkatkan selain menambah sekatan had penggunaan data.













