Pengguna MySejahtera diingatkan supaya mengemaskini maklumat penting seperti tarikh lahir di aplikasi berkenaan untuk mengelakkan status vaksinasi berubah.
Peringatan yang dikeluarkan menerusi akaun media sosial rasmi MySejatera ini turut menyatakan pengguna berkemungkinan berdepan dengan status vaksinasi bertukar kepada tidak lengkap atau tidak divaksinasi jika tidak mengemaskini maklumat tersebut.
Aplikasi MySejahtera juga perlu dikemaskini versinya ke versi yang paling terkini bagi membolehkan pelbagai ciri-ciri baharu aplikasi tersebut digunakan.
Status vaksinasi lengkap anda tidak akan terpapar di profil MySejahtera sekiranya anda tidak kemas kini tarikh lahir anda.
Sila kemas kini tarikh lahir anda dengan segera!#mysejahtera #mysejahteratrace #reopeningsafely pic.twitter.com/TgUauSis7m
— MySejahtera (@my_sejahtera) April 1, 2022
Untuk mengemaskini tarikh lahir, anda boleh pergi ke bahagian “Profil”, pilih ikon menu pada penjuru kanan atas dan pergi ke “Butiran Peribadi Saya”.
Setakat ini pihak pengendali MySejahtera tidak menyatakan sebab mengapa pengguna perlu mengemaskini sekali lagi tarikh lagi di dalam profil masing-masing.













