Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan untuk melanjutkan tarikh pelaksanaan kaedah log masuk tunggal aplikasi MyJPJ menggunakan MyDigital ID ke 1 Mei 2026. Pengumuman tersebut telah dikongsikan menerusi platform media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Pengguna buat masa ini masih lagi boleh melog masuk melalui kaedah-kaedah sedia ada selain dari menggunakan MyDigital ID.

Sebelum ini JPJ telah merancang untuk mula mewajibkan kaedah log masuk tunggal aplikasi MyJPJ menggunakan MyDigital ID pada 1 Februari 2026. Tarikh tersebut bagaimanapun telah dilanjutkan ke 1 Mac 2026 dan kini telah dilanjutkan ke 1 Mei 2026.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendaftarkan MyDigital ID secepat mungkin bagi memudahkan urusan ketika pelaksanaan sepenuhnya log masuk tunggal MyDigital ID kelak.

Tinggalkan komentar