Utama Komputer MSI rugi RM1.3 juta selepas Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 dirompak

MSI rugi RM1.3 juta selepas Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 dirompak

522
0

Pengguna yang telah membuat pesanan kad grafik GeForce RTX 3090 dari MSI berkemungkinan berdepan dengan masa menunggu yang lama akibat kekurangan stok.

Masalah ini bagaimanapun dilihat semakin meruncing apabila terdapat sekumpulan penjenayah yang merompak kotak kargo yang mengandungi sejumlah RTX 3090 dari salah sebuah kilang MSI di China.

Menurut MSI, kumpulan perompak tersebut telah melarikan sebanyak 40 kotak kargo kad grafik RTX 3090 yang dianggarkan bernilai US$336,500 (~RM1.37 juta). Pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai insiden ini dan telah mengumumkan ganjaran sebanyak 100,000 Yuan (~RM62,230) bagi sesiapa yang dapat menyalurkan maklumat berhubung rompakan ini.

Kebanyakan pihak berpendapat kes rompakan ini turut melibatkan orang dalam kilang yang menghasilkan produk berkenaan.

Kad grafik siri NVIDIA GeForce RTX 30 merupakan salah satu model yang amat sukar untuk dihasilkan dan jumlahnya tidak begitu banyak di pasaran. Justeru, terdapat kemungkinan penjenayah yang terlibat akan menjual kad grafik tersebut pada harga yang lebih tinggi di pasaran gelap.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.