Hasil carian Google kadangkala menyertakan satu kenyataan pada bahagian bawah yang menyatakan bahawa sesetengah halaman telah disingkirkan kerana berkongsi kandungan cetak rompak.
Permintaan untuk menyingkirkan pautan halaman-halaman yang mengandungi kandungan cetak rompak ini biasanya dari studio-studio perfileman dan pihak-pihak lain yang memegang hak cipta terpelihara kandungan-kandungan terbabit.
Namun, ada masanya berlaku kesilapan di mana pihak studio perfileman menghantar permohonan untuk menyingkirkan ‘halaman’ yang sebenarnya merupakan pautan ke komputer desktop mereka sendiri.
Terkini, Universal Pictures Perancis telah meminta Google menyingkirkan pautan yang berkongsikan fail filem Jurassic World yang dihoskan di ‘http://127.0.0.1’ – atau dengan kata lain, alamat ke ‘localhost’ sistem terbabit – malah, klien BitTorrent juga kelihatan sedang berjalan.
Dalam kejadian yang berasingan tetapi insiden sengal yang hampir serupa, NBC Universal telah memohon Google menyingkirkan pautan ke sistem komputer mereka yang berkongsikan filem 47 Ronin.
Manakala Workman Publishing pula, memohon Google menyingkirkan 108 pautan yang berkongsikan buku audio Life of Pi yang dihoskan dari komputer mereka sendiri.
Terdapat banyak lagi insiden yang sama seumpamanya seperti yang dilaporkan di dalam pangkalan data Chilling Effects, baik yang melibatkan pautan ke localhost mahupun 127.0.0.1.
Mungkin, pihak-pihak yang berkenaan seperti studio perfileman perlu menutup klien torrent masing-masing sebelum membuat permohonan menyingkirkan halaman kepada pihak Google.













seriously memang ‘incident sengal’… hahahahaha
HEH..HEH…BIJAK JUGA TU..
Hahaha memang sengal hahaha xleh bla