Sebuah syarikat seni berasaskan teknologi yang dikenali sebagai META (juga dikenali sebagai Meta.is) mengumumkan akan mengemukakan saman terhadap Meta (juga dikenali sebagai Facebook). Tujuan ia dikemukakan adalah atas sebab pelanggaran penggunaan tanda dagang pada nama.

META juga membuat permohononan injunksi kekal menghalang Facebook dari menggunakan nama Meta dan tuntutan ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya. Menurut mereka, Facebook telah merosakkan perniagaan mereka dan turut mengakibatkan pelanggan menganggap mereka mempunyai hubung kait dengan Facebook.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di dalam laman web rasmi META:

“Facebook seized our META mark and name, which we put our blood, sweat, and tears into building for over twelve years. Today, after eight months of trying to negotiate with Facebook in good faith to no avail, we were left with no choice but to file a lawsuit against them. The lawsuit alleges that Facebook infringed META’s federally registered trademarks and common law trademark rights, and engaged in egregious acts of unfair competition.”

META turut mendakwa Facebook mengabaikan nama tanda dagang yang telah didaftarkan ketika merancang untuk memperkenalkannya pada tahun 2020. Pada tahun 2017, salah seorang eksekutif dari Facebook menghadiri salah satu acara pengalaman imersif digital yang diadakan oleh META dan menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama. Bagaimanapun kerjasama tersebut tidak berlakua apabila Facebook menghasilkan sendiri pengalaman imersif digital melalui pewujudan entiti baharu yang dikenali sebagai Meta.

Tinggalkan komentar