Maxis kini dilihat telah memperluaskan program Zerolution melalui penawaran peranti baharu iaitu Sony PlayStation 5. Pada kebiasaannya, program ini menawarkan peranti seperti telefon pintar dan penawaran konsol ini pastinya merupakan sesuatu yang amat unik.
Bagaimanapun, pilihan ini hanya terhad pada Sony PlayStation 5 Digital Edition sahaja, konsol yang tidak disediakan dengan pemacu cakera. Tawaran PS5 ini hanya dibuka kepada pelanggan Maxis Unlimited Postpaid & Fibre Plan atau Maxis Family Plan dengan pelan 800Mbps.
Pelanggan yang memilih PS5 melalui program Maxis Zerolution turut diberikan dengan pengawal DualSense tambahan dan langganan perkhidmatan PlayStation Plus untuk 12-bulan.
Selain itu, Maxis juga cuma akan mengenakan RM 1 sahaja sebulan bagi konsol berkenaan melalui pelan tersebut sepanjang tempoh kontrak 24-bulan.
Melalui program Zerolution, selain PS5 pelanggan juga boleh memilih untuk TV Samsung 4K, monitor lengkung LG, tablet Lenovo, dan laptop Huawei MateBook.
Kunjungi laman web rasmi Maxis Zerolution untuk maklumat lanjut.













