BERKELEY, California, 28 Mac 2023 /PRNewswire/ — Kivu Consulting, Inc., sebuah syarikat penyedia penyelesaian keselamatan siber terkemuka serta rakan kongsi yang dipercayai oleh firma insurans dan guaman, dengan sukacitanya mengumumkan perkongsian strategik dengan Microsoft. Kedua-dua pihak telah komited untuk bekerjasama dan membantu organisasi di seluruh industri memerangi jenayah siber dan membina daya ketahanan siber di seluruh dunia.

“Jenayah siber tidak akan berhenti. Kita perlu bekerjasama, mengumpul bakat, menggabungkan kecerdasan dan mengusahakannya bersama-sama dengan rakan sekerja sektor awam bagi melindungi organisasi daripada ancaman siber. Pakatan kami dengan Microsoft Security menggabungkan kekuatan kami bagi memberikan impak yang lebih besar kepada hampir semua isu keselamatan siber yang boleh digambarkan,” kata Shane Sims, Ketua Pegawai Eksekutif Kivu Consulting, Inc. “Kami kini bersedia untuk mengurangkan segala risiko perniagaan dengan pantas terhadap serangan ancaman siber yang sentiasa berubah, yang menyasarkan mana-mana organisasi dalam pelbagai industri dan di mana-mana benua.”
Melalui kerjasama ini, Microsoft dan Kivu akan bergabung tenaga dalam pelbagai cara bagi bertindak balas terhadap serangan siber pelanggan. Kivu akan menganggap Microsoft sebagai pilihan yang unggul bagi perkhidmatan pemulihan selepas berlaku sesuatu pencerobohan sekiranya pelanggan Kivu memerlukannya manakala Microsoft akan menganggap Kivu sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk mengendalikan isu berkaitan perisian tebusan bagi para pelanggan yang inginkan perkhidmatan tersebut.
“Misi kami adalah untuk menjamin keselamatan di seluruh dunia supaya para pelanggan kami boleh berkembang maju. Sektor keselamatan memerlukan kerja berpasukan dan tindak balas terhadap insiden adalah salah satu bidang yang paling penting yang perlu diusahakan oleh para pemimpin melalui kerjasama,” kata Kelly Bissell, Naib Presiden Korporat, Perkhidmatan Keselamatan Microsoft. “Kami berharap dapat bekerjasama dengan Kivu dan rakan-rakan kongsi lain untuk membantu pelanggan berasa selamat dan dilindungi daripada semua serangan siber. Pelanggan boleh meyakini bahawa keperluan pemerolehan maklumat (IR) mereka akan ditangani supaya perniagaan mereka dapat berkembang maju.”
Kedua-dua syarikat ini akan bersama-sama membawa penyelesaian keselamatan siber yang dikuasakan oleh perisian syarikat, risikan ancaman selama beberapa dekad dan hubungan insurans/undang-undang/kerajaan syarikat masing-masing yang akan mempercepat perjalanan organisasi untuk memperoleh daya ketahanan siber dan mengurangkan risiko perniagaan terhadap jenayah siber.
Tentang Kivu
Kivu ialah sebuah firma keselamatan siber global terkemuka yang ditubuhkan pada tahun 2009 serta menawarkan rangkaian perkhidmatan keselamatan siber yang lengkap dengan pengkhususan dalam aspek tindak balas insiden forensik dan pemulihan perniagaan daripada serangan siber, rundingan tebusan serta operasi keselamatan terurus selama 24 jam sehari. Kivu ialah rakan kongsi yang dipercayai oleh komuniti insurans, undang-undang dan kerajaan di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari KIVUCONSULTING.COM atau e-mel kepada info@kivuconsulting.com
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/1602232/Kivu_Logo_Logo.jpg














