Utama Telco Starlink Kit Starlink Mini kini di Malaysia dengan Harga RM930

Kit Starlink Mini kini di Malaysia dengan Harga RM930

230
0

Kit Starlink Mini telah tiba di Malaysia dan kini disenaraikan oleh wakil-wakil pengedar yang sah seperti iTworldSenhengGloo, dan PC Image. Berharga RM930, Starlink Mini merupakan penawaran mampu milik dan mudah alih berbanding kit Starlink Standard V4 yang berharga RM1,600.

Diperkenalkan pertama kali di pasaran terpilih pada tahun lepas, Starlink Mini menampilkan alat penerima kompak berukuran 430 x 334 x 79 mm, menjadikan ia lebih kecil berbanding model sedia ada. Ia juga mengintegrasikan penghala Wi-Fi terbina dalam, memerlukan kuasa yang rendah untuk beroperasi dan menyokong input kuasa DC untuk lebih versatiliti.

Kit ini juga berupaya menawarkan kelajuan muat turun lebih dari 100Mbps yang cukup bagi internet kegunaan am. Menurut Starlink, kit mini mampu beroperasi di dalam keadaan ekstrem bersuhu dari serendah -30°C hingga ke setinggi 50°C.

Pembelian kit Starlink Mini bagaimanapun tidak disertakan bersama langganan internet aktif dan pengguna perlu mendaftarkannya secara berasingan. Pelan Starlink Residential buat masa ini berharga RM129 sebulan bersama-sama tawaran promosi kredit perkhidmatan percuma bernilai RM1,200.

Promosi ini menawarkan pengguna baharu perkhidmatan percuma sehingga lima bulan tertakluk kepada terma dan syarat. Bagi pengguna yang ingin mendapatkan pilihan alternatif, pelan Starlink Business bermula dari RM217 sebulan. Manakala pelan Starlink Roam khusus untuk penjelajah atau yang kerap mengembara, harganya bermula dari RM220 sebulan.

Tinggalkan komentar