Masa belajar di Tingkatan Enam dulu, aku pernah ambil MUET. Dua kali. Dan kedua-duanya aku mendapat keputusan yang sama. Band 4 dengan markah keseluruhan 198. Kononnya bila ambil dua kali ni boleh la kot improve result. Tapi, keputusan yang aku dapat tu macam dipersiakan bila lepas habis Form 6 aku tak sambung degree pun.

Rilek je kerja kat pam minyak Petronas Batu Gajah lepas tu. Takat kerja ‘Oil & Gas’ kat pam minyak macam Amran Fans tu, aku rasa tak payah kot susah-susah nak ambik MUET.

Apa pun, Malaysian Universiti English Test (MUET) ini tetap membantu aku dalam menguasai Bahasa Inggeris. Setidak-tidaknya aku dah boleh membaca dan menulis di dalam Bahasa Inggeris dengan lebih lancar serta mampu menonton movie tanpa subtitle.

Khabornya, Oktober tahun lalu diberitakan band minimum MUET telah dinaikkan untuk syarat kemasukan ke IPTA dan juga pengijazahan. Ada pro dan kontra di kalangan masyarakat Malaysia berkenaan isu ini tidak lama dahulu.

Dulu, kalau nak masuk IPTA dan ambik course seperti sastera atau sains sosial, tahap minimum yang diperlukan hanyalah Band 1. Kini, syarat minimum tersebut telah dinaikkan kepada Band 2 dan begitu juga untuk jurusan-jurusan lain.

Kursus Masuk IPTA Pengijazahan
Sastera, Sains Sosial Band 2 Band 3
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik Band 3 Band 4
Undang-Undang, Perubatan Band 4 Band 5

Alasan utama untuk meningkatkan tahap minimum MUET ini adalah untuk membantu memudahkan para graduan memperoleh pekerjaan. Dianggarkan 53,000 graduan di seluruh Malaysia masih belum mendapat pekerjaan biarpun sudah lebih dari enam bulan menamatkan pengajian.

Dewan Peperiksaan
Sistem pendidikan di Malaysia pada umumnya masih berorientasikan peperiksaan – Gambar Hiasan, Utusan Malaysia

Katanya, melalui penguasaan Bahasa Inggeris juga, para graduan mampu meningkatkan kebolehpasaran ke dalam sektor pekerjaan. Itu pendapat popular di kalangan masyarakat hari ini. Sekali pandang, universiti kita hari ini dah diibaratkan kilang yang akan menghasilkan bakal-bakal pekerja yang bersesuaian dengan kehendak industri.

Tapi, apa boleh buat. Dah sistem kita demand macam tu, layankan aje lah. Aku ni pun, kalau nak sambung degree nanti, mungkin akan ambil semula MUET ni. Memandangkan tempoh sah laku ujian yang aku ambil dahulu sudah tamat. Keputusan aku dulu dikeluarkan sebelum tahun 2009, maka tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.

Bagi anda yang berminat untuk mengambil dan mendaftar MUET, boleh merujuk pada arahan dan panduan di dalam laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM);

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

[vc_accordion collapsible=”yes” disable_keyboard=””][vc_accordion_tab title=”Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon MUET”]

Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon MUET ini mengandungi maklumat yang berikut:

1.       Syarat kelayakan untuk menduduki MUET

2.       Tempoh sah laku

3.       Komponen MUET

4.       Bayaran untuk menduduki ujian

5.       Cara pendaftaran calon MUET

5.1.    Calon sekolah/institusi

5.2.    Calon persendirian individu

6.       Calon istimewa

7.       Penyata Pendaftaran Calon (MUET/PP)

8.       Tarikh pendaftaran dan tarikh ujian

9.       Angka giliran calon dan pusat ujian

10.   Slip Daftar MUET (MUET/D)

11.   Perpindahan pusat ujian

12.   Penarikan diri

13.   Keputusan MUET

14.   Rayuan semak semula keputusan MUET

[/vc_accordion_tab][vc_accordion_tab title=”Syarat kelayakan menduduki MUET”]

Tiada sebarang syarat yang dikenakan untuk menduduki MUET.

[/vc_accordion_tab][vc_accordion_tab title=”Tempoh sah laku MUET”]

Keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013 manakala keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

[/vc_accordion_tab][vc_accordion_tab title=”Komponen MUET”]

Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:

Kod Kertas Nama Kertas
800/1 Listening (30 minit)
 800/2 Speaking (30 minit)
800/3 Reading (90 minit)
800/4 Writing (90 minit)

Maklumat lanjut sila rujuk Sukatan Pelajaran MUET (Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions) yang dapat diperoleh melalui portal MPM www.mpm.edu.my.

[/vc_accordion_tab][vc_accordion_tab title=”Bayaran untuk menduduki MUET”]
  • Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:
Yuran pendaftaran RM  40.00
Yuran mata pelajaran RM  60.00
Jumlah RM100.00

Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC di kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet. Maklumat lanjut sila layari http://online.mpm.edu.my .

Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.

  • Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon.
  • Bayaran pembelian PIN MEC tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan. PIN MEC yang telah dibeli itu juga tidak boleh digunakan untuk mendaftar MUET sesi yang berikutnya.
[/vc_accordion_tab][vc_accordion_tab title=”Cara Pendaftaran Calon MUET”]

5.1 Calon Sekolah/Institusi

(a) Pendaftaran calon sekolah/institusi dibuat secara online melalui portal MPM www.mpm.edu.my atauhttp://online.mpm.edu.my.

(b) Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP JPN) hendaklah terlebih dahulu mengemas kini maklumat sekolah/institusi yang akan menjadi pusat ujian sebelum pendaftaran dibuka.

(c) Pengetua sekolah/institusi hendaklah memaklumkan nama Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah/institusinya kepada SPP JPN dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD).

(d) Taklimat tentang kaedah pendaftaran secara online di peringkat daerah kepada semua SUP sekolah/institusi hendaklah diberikan oleh PPD.

(e) Pihak sekolah/institusi juga boleh mendapatkan maklumat tentang pendaftaran calon MUET untuk sekolah/institusi melalui portal MPM www.mpm.edu.my.

(f) Pihak sekolah/institusi perlu mendapatkan Nama Pengguna dan Kata Laluan daripada SPP JPN  untuk masuk ke dalam sistem pendaftaran online ini. SUP sekolah/institusi dinasihatkan untuk memuat turun/mencetak Manual Sekolah dalam http://online.mpm.edu.my yang terpapar pada ikon sekolah untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran online tersebut.

(g) Pengetua sekolah/institusi hendaklah mengarahkan SUP untuk mengurus pendaftaran sekolah/institusinya dengan mengambil tindakan yang berikut:

  1. Mengemaskini maklumat sekolah yang terdapat dalam sistem pendaftaran online
  2. Mengisi data maklumat pendaftaran calon bagi sekolah/institusinya yang ingin menduduki MUET
  • Mengenalpasti calon kurang upaya dari segi penglihatan (buta) dan kurang upaya dari segi anggota/spastik, rabun, kurang dengar/pekak, atau sengau dan mendaftarkannya bersama-sama calon lain tetapi pemberitahuan bahawa calon tersebut adalah calon istimewa dan keistimewaan yang dipohon adalah seperti tindakan pada para 6.
  1. Memastikan nombor PIN MEC disediakan dengan secukupnya oleh calon sekolah/institusi yang ingin menduduki MUET
  2. Menyemak maklumat awal pendaftaran calon melalui slip pendaftaran MUET (MUET/PP) seperti ejaan nama, nombor Kad Pengenalan dan maklumat lain yang tercatat pada MUET/PP adalah betul, dan mengemaskininya jika terdapat pindaan oleh calon sebelum talian pendaftaran online di sekolah ditamatkan. MUET/PP ini boleh digunakan sebagai bukti pendaftaran telah dibuat bagi menuntut Slip Daftar MUET (MUET/D) calon (jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D).
  3. Memastikan data maklumat pendaftaran calon adalah betul sebelum talian pendaftaran online di sekolah/institusi ditamatkan
  • Menyemak Slip Daftar MUET (MUET/D) bagi calon sekolah/institusinya dan memastikan MUET/D dicetak oleh calon sebagai tiket untuk menduduki ujian
  • Memaklumkan maklumat calon sekolah/institusinya yang tercicir kepada SPP JPN atau Majlis Peperiksan Malaysia jika terdapat calon yang telah didaftarkan tiada dalam semakan MUET/D dengan kadar SEGERA
  1. Mematuhi tarikh akhir talian pendaftaran online dibuka dan penghantaran maklumat pendaftaran/bahan/dokumen pendaftaran yang berkaitan seperti yang telah ditetapkan oleh SPP JPN

5.2 Calon Persendirian individu

(a) Pendaftaran calon persendirian individu dibuat secara online melalui portal MPM www.mpm.edu.myatau http://online.mpm.edu.my.

(b) Calon persendirian individu dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat tentang pendaftaran MUET melalui portal MPM dan merujuk kepada Manual Calon Persendirian Individu yang terpapar pada ikon calon persendirian individu dalam http://online.mpm.edu.my untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran online tersebut.

(c) Calon boleh memilih pusat ujian yang dikehendaki semasa membuat pendaftaran secara online tetapi kelulusan adalah tertakluk kepada SPP JPN. SPP JPN berhak untuk memindahkan calon persendirian individu ke pusat lain selain daripada yang telah dipilih.

(d) Calon yang kurang upaya dari segi penglihatan seperti buta, rabun, atau ketidakupayaan dari segi anggota/spastik, atau ketidakupayaan dari segi pendengaran seperti kurang dengar/pekak atau ketidakupayaan dari segi pertuturan seperti sengau atau ketidakupayaan yang lain juga mendaftar secara online tetapi pemberitahuan bahawa calon tersebut adalah calon istimewa dan keistimewaan yang dipohon adalah seperti tindakan pada para 6.

[/vc_accordion_tab][vc_accordion_tab title=”Calon Istimewa”]
  • Calon istimewa dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau), dan selain daripada yang dinyatakan hendaklah dimaklumkan kepada SPP JPN selewat-lewatnya pada 28 November 2014 bagi MUET Sesi Mac 2015, 20 Mac 2015 bagi MUET Sesi Julai 2015, dan 10 Julai 2015 bagi MUET Sesi November 2015.
  • Maklumat tentang ketidakupayaan dan keistimewaan yang dipohon hendaklah dimaklumkan dengan jelas dan lengkap dalam borang MUET/C5 atau MUET/C6(Pindaan 2006) (mana-mana yang berkenaan) mengikut jenis ketidakupayaan. Sila sertakan salinan dokumen sebagai bukti ketidakupayaan yang dialami seperti laporan perubatan, Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan pengesahan Pengetua (jika calon sekolah/institusi). Kemudahan yang boleh diberikan kepada calon istimewa hanya akan dipertimbang jika borang MUET/C5 atau MUET/C6 (Pindaan 2006) (mana-mana yang berkenaan) diterima oleh MPM.
  • Borang MUET/C5 atau MUET/C6(Pindaan 2006) dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM www.mpm.edu.my.

Untuk mendapatkan borang yang berkaitan, sila klik borang MUET/C5 atau MUET/C6 (Pindaan 2006)

[/vc_accordion_tab][vc_accordion_tab title=”Penyata Pendaftaran Calon (MUET/PP)”]
  • Butiran pendaftaran awal calon boleh disemak melalui penyata pendaftaran calon (MUET/PP). Bagi calon sekolah/institusi, jika terdapat sebarang pindaan pada nombor Kad Pengendalan atau ejaan nama, sila kemukakan pindaan tersebut kepada SUP sekolah/institusi untuk dikemaskinikan.
  • Calon persendirian individu perlu mengemaskini butiran pendaftaran sendiri secara online tetapi pengemaskinian tersebut hanya dihadkan sebanyak dua kali sahaja.
[/vc_accordion_tab][vc_accordion_tab title=”Tarikh Pendaftaran dan Tarikh Ujian”]

Kalendar MUET 2015 dapat diperoleh dan dicetak di portal MPM www.mpm.edu.my

Kalendar MUET 2015

[/vc_accordion_tab][vc_accordion_tab title=”Angka Giliran dan Pusat Ujian”]
  • Angka giliran calon bagi semua calon akan ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Angka giliran calon ini akan diberitahu melalui Slip Daftar MUET (MUET/D).
  • Penempatan calon persendirian individu di sesebuah pusat ujian adalah tertakluk kepada kelulusan SPP JPN. SPP JPN berhak untuk memindahkan calon persendirian individu ke pusat lain selain daripada yang telah dipilih.
  • SPP JPN juga boleh menumpangkan calon sekolah/institusi di pusat lain jika difikirkan bilangan calon di sekolah/institusi tersebut tidak ekonomik dari segi pengendalian ujian. Namun demikian, pertimbangan ini perlu mengambil kira beberapa faktor seperti kedudukan geografi/lokasi dan latar belakang calon di sekolah/institusi tersebut. Namun demikian, perbincangan/perundingan dengan Pengetua sekolah/institusi yang berkenaan perlu dibuat sebelum tindakan ini diambil.
[/vc_accordion_tab][vc_accordion_tab title=”Slip daftar MUET (MUET/D)”]
  • Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki MUET akan diberitahu kepada calon dalam Slip Daftar MUET (MUET/D) melalui portal MPM www.mpm.edu.my mulai 26 Disember 2014 bagi MUET Sesi Mac 2015, 17 April 2015 bagi MUET Sesi Julai 2015, dan 6 Ogos 2015 bagi MUET Sesi November 2015. Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA. Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.
  • Calon perlu mencetak MUET/D sendiri dan membawanya ke pusat ujian pada hari ujian sebagai tiket untuk menduduki ujian.
  • Calon hendaklah menyemak butiran yang tercatat pada MUET/D seperti nombor Kad Pengenalan, ejaan nama, angka giliran, pusat untuk menduduki ujian, tarikh, dan waktu ujian. Jika terdapat kesilapan, calon dikehendaki membuat pindaan pada slip MUET/D tersebut dan memulangkannya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing bagi calon sekolah/institusi atau menghantarnya terus ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) bagi calon persendirian individu sebelum ujian pertama bermula. Pembetulan maklumat juga hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pengawas di pusat ujian untuk dicatatkan dalam Buku Rekod Pengawasan. Pembetulan hanya akan dibuat pada slip keputusan MUET yang akan dikeluarkan kelak.
  • Calon hendaklah memastikan bahawa ejaan nama dan nombor Kad Pengenalan yang betul tertera pada Slip Daftar MUET (MUET/D). Calon hendaklah menggunakan nombor Kad Pengenalan yang sama semasa ujian kelak. Sebarang kesilapan akan menimbulkan salah faham dengan Pengawas ujian kelak dan akan menyusahkan calon sendiri.
  • Calon boleh menyemak status pendaftaran melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaipMUET<jarak>INFO<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
[/vc_accordion_tab][vc_accordion_tab title=”Perpindahan Pusat Ujian”]
  • Perpindahan dari satu pusat ke satu pusat ujian yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah. Permohonan untuk berpindah pusat ujian dalam bandar yang sama tidak dibenarkan. Pemohon hendaklah melengkapkan borang Permohonan Perpindahan Pusat Ujian (MUET/C2) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM www.mpm.edu.my. Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
  • Bayaran perpindahan pusat ujian ialah RM25.00 dan dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan.
  • Tarikh tutup permohonan perpindahan pusat ujian ialah pada 16 Januari 2015 bagi MUET Sesi Mac 2015, 5 Mei 2015 bagi MUET Sesi Julai 2015, dan 21 Ogos 2015 bagi MUET Sesi November 2015. Status permohonan perpindahan pusat ujian boleh disemak di portal MPM www.mpm.edu.my.

Untuk mendapatkan borang MUET/C2, sila klik di sini

[/vc_accordion_tab][vc_accordion_tab title=”Penarikan Diri”]
  • Calon yang menarik diri daripada menduduki MUET dikehendaki mengisi borang Calon Menarik Diri (MUET/C4) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM www.mpm.edu.my. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia bersama dengan surat buktinya sekali sebelum calon menduduki kertas ujian MUET yang pertama.
  • Calon yang menarik diri daripada menduduki ujian tidak akan dikembalikan yuran ujian kecuali calon yang sakit berpanjangan (surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan hendaklah dikemukakan) atau calon yang meninggal dunia (salinan surat Perakuan Kematian hendaklah dikemukakan oleh warisnya).

Untuk mendapatkan borang MUET/C4, sila klik di sini

[/vc_accordion_tab][vc_accordion_tab title=”Keputusan MUET”]

Keputusan MUET bagi calon sekolah/institusi akan dihantar kepada Pengetua sekolah/institusi berkenaan melalui SPP JPN manakala bagi calon persendirian individu, keputusan akan dihantar melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian melalui portal MPM www.mpm.edu.my atau melalui SMS dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

[/vc_accordion_tab][vc_accordion_tab title=”Rayuan semak semula Keputusan MUET”]

Calon boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET. Caj bagi rayuan menyemak semula keputusan ujian MUET ialah RM70.00. Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan. Maklumat lanjut tentang rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET dapat diperoleh melalui portal MPM www.mpm.edu.my.

[/vc_accordion_tab][/vc_accordion]

14 KOMEN

  1. Muet dapat band 4 hebat tu! Anak no 2 saya lulus Muet masa belajar kat Kolej Matrikulasi dulu, dia dapat band 4 juga. Katanya masih ramai kawan-kawannya yg ambil degree di tahun akhir sekarang masih tak lulus Muet,. Kalau masih tak lulus Muet sampai akhir pengajian, degree mereka akan digantung dan mereka wajib lulus lepas itu.

    Zaman saya dulu tak ada Muet, agaknya kalau ada Muet nak dapat band 3 pun sakit, hehehehe…

  2. Oh, kenangan silam yg berharga buat aku. Aku ingat lg geng utk speaking exam muet aku dulu siapa. 3 girls – sorang indian, 2 chinese. Aku je malay. Sembang2, gelak2, examiners 2 orang (lelaki n perempuan) pun layan je gelak2 skali. Hahah… topik speaking tu ada kaitan dgn kepentingan duit kalau tak silap. Ada 1ayat aku tu aku masih ingat, aku bedal “Money is the root of all evil”. Kahkahkah…

  3. Bagus sebenarnya ada muet ni.. sekurang2nya dpt juga memperkasa bahasa inggeris dikalangan kita secara tersusun. Klu tiada muet rasanya lagi teruk penguasaan bahasa inggeris ni kan…

  4. bagus jika kita dapat kuasai lebih dari satu bahasa..terutama bahasa yg digunapakai di peringkat antarabangsa..kalau dapat kuasai bahasa Arab lagi bagus..di dunia dan akhirat, In shaa Allah..

Tinggalkan komentar