Selepas menjadi yang pertama melancarkan versi beta Android 12, Samsung kini menjadi pengeluar peranti Android pertama yang menerbitkan kemaskini rasmi Android 12 melalui antaramuka One UI 4.
Pelancaran ini menyaksikan Samsung Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra akan menerima kemaskini tersebut. Ia akan disusuli oleh peranti-peranti keluaran Samsung lain tidak berapa lama lagi.
Antaramuka One UI 4hadir dengan papan kekunci yang lebih ekspresif dengan pelbagai GIF dan pelekat. Serta widget baharu dengan pilihan pengubahsuaian yang lebih mendalam.
Pengubahsuaian akan menjadi teras utama kemaskini ini melalui pewarnaan dinamik dengan gaya Material You Android 12. Ini akan menghasilkan palet warna untuk tema telefon anda berdasarkan hiasan latar anda yang akan digunakan pada kebanyakan aplikasi Samsung.
One UI 4 (Android 12) Upgrade Notice
This is a translation of the now-deleted official Korean notice in Samsung Members.
Since the notice is deleted atm, details are subject to change.
Please take for references only. pic.twitter.com/qsAL0S6jT7— Tron ❂ (@FrontTron) November 15, 2021
Melalui manfaat ciri privasi yang lebih kukuh pada Android, fungsi Privacy Dashboard membolehkan anda melihat aplikasi mana yang meminta menggunakan maklumat sensitif anda.
Ia juga menawarkan petunjuk yang membolehkan anda melihat apabila sesebuah aplikasi menggunakan kamera dan mikrofon. Anda juga diberikan pilihan untuk mematikan sepenuhnya jika inginkan privasi lengkap dari aplikasi anda.













