Kesuraman tahun 2020 ini mungkin dapat diubati sedikit bagi para pemain permainan berkomputer apabila Steam baru-baru ini telah mengumumkan diskaun Jualan Musim Luruh bagi tahun 2020.
Berbeza untuk kali ini, acara promosi jualan ini dilakukan tanpa sebarang acara-acara mini bagi merancakkan lagi suasana. Promosi lebih ditumpukan pada judul-judul yang diberikan potongan harga sehingga 80%.
Antara judul-judul yang mencuri tumpuan ada The Outer Worlds yang kini dijual pada separuh harga dan Red Dead Redemption 2 yang dijual 33% lebih murah.
Seperti biasa, judul-judul francais lain turut menerima diskaun yang besar. Keseluruhan Koleksi BioShock menerima potongan harga sehingga 80% dan kini dijual pada harga RM23.80 sahaja.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan judul permainan pada harga yang rendah, anda boleh mendapatkannya di Jualan Musim Luruh Steam sebelum dijadual tamat pada 2 Disember 2020 ini.













