Utama Mobile Aplikasi Jeff Bezos letak jawatan CEO Amazon; Kumpul kekayaan bernilai RM 840 bilion

Jeff Bezos letak jawatan CEO Amazon; Kumpul kekayaan bernilai RM 840 bilion

444
0

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos telah meletakkan jawatannya berkuat kuasa hari ini. Menurut Bloomberg, sehingga ke hari perletakan jawatannya, Jeff Bezos telah mengumpulkan nilai kekayaan sebanyak $203 bilion (RM 843 bilion).

Jawatan beliau akan diisi oleh Andy Jassy yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Web Services (AWS) sejak dari 2016.

Nama Jeff Bezos sudah sinonim dengan kemajuan Amazon yang kini menjadi gergasi perkhidmatan perdagangan elektronik utama dunia. Penguasaan Amazon di pasaran membolehkan Jeff Bezos menjadi orang paling kaya di dunia.

Tarikh 5 Julai dipilih oleh Jeff Bezos untuk meletakkan jawatan kerana ia jatuh pada tarikh Amazon ditubuhkan 27 tahun yang lepas. Walaubagaimanapun, beliau masih lagi memegang jawatan pengerusi Amazon dan pengurus bagi beberapa syarikat lain di bawahnya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.