KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 – Menjelang pelancaran telefon pintar flagship baharu HONOR di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023, HONOR Malaysia bakal melancarkan program Share Your Experience & Win HONOR untuk mencari pegawai pengalaman HONOR Experiencers mencuba HONOR Magic5 Pro.

Program ini bertujuan mengajak rakyat Malaysia mengambil bahagian memberi ulasan eksklusif untuk menilai HONOR Magic5 Pro yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Pengalaman ini memberi peluang kepada HONOR Experiencers memahami proses perkembangan produk serta mencuba sistem Magic OS 7.0 baharu!

Program Share Your Experience & Win HONOR

Program ini terbuka kepada semua penggemar fotografi telefon pintar dan gemar berkongsi foto di media sosial. Permohonan menjadi HONOR Experiencers akan ditutup pada 23 Februari 2023 dan program akan bermula pada 28 Februari hingga 24 April 2023.

Peserta berpeluang mencuba dari segi penggunaan kamera, skrin, daya tahan bateri, system operasi dan prestasi. HONOR Experiencers terpilih dikehendaki menyiapkan tugasan mingguan dengan memuat naik pengalaman ‘magikal’ mereka di sosial media.

Seramai 30 HONOR Experiencers dengan markah tertinggi pada akhir program akan memenangi sebuah HONOR Magic5 Pro, selain turut berpeluang dipilih sebagai jurucakap kempen.

Kepada semua pengguna tegar telefon pintar di luar sana, sertai kami untuk unleash the power of magic di pautan:

HONOR menumpu terhadap nilai berpusatkan konsumer

Program Share Your Experience & Win HONOR bermatlamat menonjolkan nilai berpusatkan konsumer HONOR dan mengutamakan maklum balas pengguna. Walaupun merekrut HONOR Experiencers sebelum pelancaran produk dianggap langkah berani, namun mereka diperlukan untuk memahami maklum balas jujur daripada pengguna sebenar.

Oleh demikian, program berkenaan membuka peluang kepada HONOR untuk memahami tabiat penggunaan pengguna tempatan, dan juga menumpu terhadap sumber-sumber serta usaha jenama ini bagi menentukan HONOR Magic5 Pro adalah peranti terbaik yang menyediakan teknologi canggih relevan kepada pengguna masa kini.

Siri HONOR Magic5 bakal dilancarkan di MWC 2023 Barcelona
MWC yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol merupakan kongres gajet terbesar di dunia. Di situ, jenama-jenama gajet seluruh dunia mengintai peluang untuk melancarkan peranti Flagship terbaharu masing-masing, dan HONOR juga enggan ketinggalan menyertai acara MWC tahun ini.

Sebagai antara jenama teknologi termaju dunia, HONOR sentiasa komited dengan usaha tanpa lelah mengejar kemajuan dalam bidang kajian dan pembangunan bagi menghasilkan teknologi inovatif untuk telefon pintarnya. Siri Magic menjadi contoh penemuan terbesar HONOR dalam teknologi masa hadapan dan memenuhi permintaan tinggi pengguna yang mendambakan inovasi teknologi yang lebih baik.

Susulan sukses HONOR Magic4 Pro tahun lalu selain menjadi pilihan konsumer di seluruh dunia, HONOR bakal melancarkan Siri HONOR Magic5 di MWC Barcelona 2023 dengan menampilkan Flagship terbaharu rekaan HONOR.

Dalam usaha menghasilkan telefon pintar yang lebih berkualiti, Siri HONOR Magic5 akan menampilkan beberapa ciri yang bakal menguji had inovasi peneraju industri semasa, menjadikan pelancaran tersebut dinanti-nantikan untuk tahun ini. Untuk berita terbaharu mengenai HONOR Magic5 Pro, sila layari https://www.hihonor.com/my/

Tinggalkan komentar