iQOO dijadualkan akan melancarkan iQOO Neo 7 Pro pada 4 Julai ini di India. Menjelang pelancarannya, beberapa maklumat mengenainya telah pun tertiris seperti rekaan, pemprosesan dan juga sokongan pengecasannya.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh GSMArena, Neo 7 Pro akan menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1. Menariknya, telefon pintar ini juga mempunyai “cip Gaming bebas” (independent Gaming Chip, IG Chip) yang didakwa mampu membawakan “pengalaman bermain permainan ke peringkat baharu”.

Selain dari itu, iQOO turut mendedahkan iQOO Neo 7 pro akan menampilkan pengecasan FlashCharge 120W. Namun tiada kapasiti mengenai baterinya dinyatakan. Menurut sub-jenama di bawah vivo ini, telefon pintar berkenaan mampu dicaskan sehingga 50% kapasiti dalam tempoh 8 minit sahaja.

Seperkara lagi yang menarik mengenai telefon pintar ini, ciri Motion Control Centre membolehkan pengguna berinteraksi dengan permainan menggunakan gerakan intuitif telefon berkenaan. iQOO Neo 7 Pro juga akan hadir dengan rekaan permukaan belakang berkulit berwarna jingga.

Tinggalkan komentar