Utama Mobile iOS iPhone 6 32GB kini turun harga kepada RM1,699

iPhone 6 32GB kini turun harga kepada RM1,699

1007
0

Baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas, iPhone 6 32GB telah diturunkan harga jualannya. Pada asalnya, telefon pintar ini dijual pada harga RM1,999. Kini, selepas penurunan harga ia kini dijual pada harga RM1,699 di Malaysia. Bagaimanapun, buat masa ini ia masih terhad pada pilihan warna Gold (Emas) sahaja.

Selepas penurunan harga ini, iPhone 6 32GB kini diletakkan pada harga yang sama dengan iPhone SE 16GB. Sungguhpun iPhone SE berkapasiti kurang separuh dari iPhone 6 berkenaan, harus diingat iPhone SE adalah lebih berkeupayaan berbanding iPhone 6. Lagipun, spesifikasi iPhone SE dan iPhone 6 tidak jauh bezanya.

Penurunan harga ini turut memberikan pilihan tambahan bagi pengguna yang tidak menggemari paparan 4-inci iPhone SE, memandangkan iPhone 6 menawarkan paparan yang lebih besar, 4.6 inci.

Sumber berita diperoleh dari Machines

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.