Utama Android Samsung Imej Pengolokan Terkini Galaxy S25 Ultra tunjukkan warna-warna pilihan yang dijangka hadir

Imej Pengolokan Terkini Galaxy S25 Ultra tunjukkan warna-warna pilihan yang dijangka hadir

321
0

Sebuah hantaran ciapan oleh Technizo Concept baru-baru ini telah mendedahkan imej pengolokan terkini Galaxy S25 Ultra. Seperti yang dijangkakan, perubahan besar reka bentuk yang pernah dilihat pada unit dummy yang tertiris sebelum ini turut hadir pada imej pengolokan ini.

Tiada lagi rekabentuk berbucu 90 darjah seperti yang terdapat pada Galaxy S24 Ultra kelihatan pada imej pengolokan ini. Jika reka bentuk imej pengolokan ini benar-benar diimplementasikan, kelak model Ultra akan tampil dengan rekabentuk serba baharu.

Imej pengolokan tersebut juga menunjukkan terdapat empat warna pilihan yang terdiri daripada Titanium Black, Titanium Blue, Titanium Gray, dan Titanium Silver.

Bahagian sisi Galaxy S25 Ultra juga dikatakan lebih rata dengan bucunya sedikit membulat bagi membolehkan ia lebih mudah dipegang. Berbanding Galaxy S24 Ultra, Galaxy S25 Ultra dijangka akan sedikit lebih tinggi, memanjang dan nipis berbanding model sekarang ini. Jika Galaxy S24 Ultra berukuran 162.3 mm x 79 mm x 8.6 mm, Galaxy S25 Ultra pula dikatakan berukuran 162.82 mm x 77.65 mm x 8.25 mm.

Guna pemprosesan Snapdragon baharu

Selain rekabentuk baharu, Galaxy S25 Ultra akan dikuasakan oleh pemprosesan aplikasi baharu yang berkuasa, Snapdragon 8 Elite. Berdasarkan maklumat yang tertiris, terdapat satu varian dari model ini yang akan dilengkapkan dengan RAM 16GB. Menurut apa yang diperkatakan oleh Ice Universe pula, paparan Galaxy S25 Ultra kelak akan mempunyai sudut tontonan, kecerahan dan kejituan warna yang lebih baik.

Paparan Galaxy S25 Ultra juga dijangka akan menggunakan bahan M14 yang sama seperti yang digunakan pada panel OLED iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max. Bagaiamanpun, terdapat beberapa pentiris maklumat yang menyanggah kenyataan tersebut dengan menyatakan kemungkinan bahan yang digunakan kelak adalah M13, sama seperti paparan Galaxy S24 Ultra.

Bersama-sama siri Galaxy S25 yang lain, model telefon pintar ini dijangka akan menjadi telefon pintar Samsung pertama yang menggunakan kemaskini perisian Android secara kaedah A/B. Siri telefon pintar keluaran Samsung yang akan datang ini dijangka akan diperkenalkan pada Januari ini dalam masa yang hampir sama dengan pelancaran kemaskini One UI 7 (Android 15) untuk peranti-peranti Samsung yang serasi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.