Dari masa ke semasa, Humble Store ada menawarkan permainan percuma seperti Metro 2033 bersempena ulang tahun pertamanya dan Tropico 4 pada September lalu. Kini, bersempena musim perayaan hujung tahun ini, Humble Store meneruskan tradisinya yang gemar bersedekah dengan permainan lumba kereta, GRID untuk versi PC.
GRID pada asalnya diterbitkan pada tahun 2008 untuk versi PC dan kini ianya ditawarkan untuk dimuat turun secara percuma pada tempoh yang terhad (tinggal sehari sahaja pada waktu artikel ini ditulis). Secara keseluruhannya, permainan ini mendapat rating yang tinggi di Metacritic dengan mencatatkan markah 87/100.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini secara percuma, anda hanya perlu melayari laman web Humble Store dan klik pada butang ‘Get it Free!’. Seterusnya, anda hanya perlu log masuk (atau cipta akaun baru bagi yang masih tiada akaun) untuk melengkapkan transaksi permainan percuma berkenaan.
Sesudah berjaya, anda akan dibawa ke halaman yang memaparkan kekunci permainan Steam percuma dan kekunci berkenaan boleh ditebus melalui Steam Client (kat Steam Client yang boleh tebus, kat website tak boleh).
Bagaimanapun, jangan biar lama sangat kekunci produk tu di dalam Humble Store sebab kekunci percuma permainan GRID ini hanya sah laku sehingga jam 2 pagi 1 Januari 2017 (waktu Malaysia). Jadi, korang yang nak game percuma ni, cepat-cepat tebusnya kat Steam Client.
Sumber berita diperoleh dari PC Games N














new info , thanks sharing