Huawei Malaysia telah mengumumkan Siri Huawei Watch GT 5 dan Watch Ultimate (Green Edition) baharu kini telah tersedia di pasaran tempatan. Jam tangan pintar baharu ini dikuasakan oleh Huawei TruSense.
Untuk Siri Huawei Watch GT 5, ia menawarkan lebih daripada 100 mod senaman bersama-sama Emotional Wellbeing Assistant yang membolehkan anda merekodkan stress, perubahan mood dan juga paten keseluruhan emosi anda sepanjang hari.
Selain itu, jam tangan pintar ini juga menyediakan alatan-alatan termaju seperti pemantauan kadar nadi, mengesan tahap oksigen dalam darah Sp02 dalam masa-nyata dan analisis tidur terperinci untuk membantu mendapatkan rehat yang secukupnya.
Manakala untuk Huawei Watch Ultimate (Green Edition) pula, ia merupakan jam tangan klassik yang menggabungkan rekaan lasak dan ketahanan air sehingga kedalaman 100-meter. Bersama-sama bingkai hijau yang kemas dan rekabentuk mewah, jam tangan klasik ini sesuai untuk kegunaan aktiviti riadah luar dan juga formal.
Harga Huawei Watch GT 5, GT 5 Pro dan Watch Ultimate (Green Edition) di Malaysia
Anda boleh mendapatkan siri Huawei Watch GT 5 pada harga bermula dari RM1,099 dan Watch Ultimate (Green Edition) pada harga RM3,999.
- Huawei Watch GT 5 Pro 42mm (Fluoroelastomer Strap) – RM1,999
- Huawei Watch GT 5 Pro 42mm (Ceramic Strap) – RM2,599
- Huawei Watch GT 5 Pro 46mm (Fluoroelastomer Strap) – RM1,399
- Huawei Watch GT 5 Pro 46mm (Titanium Strap) – RM1,999
- Huawei Watch Ultimate (Green Edition) – RM3,999
Jam tangan generasi baharu keluaran Huawei ini juga boleh didapati di kedai-kedai dalam talian rasminya di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.













