Huawei tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat potongan harga terhadap telefon pintar flagshipnya yang terdahulu. Seiring dengan pengumuman Mate 10 Series, Huawei P10 Plus kini mula dijual dengan harga RM2,399.

Harga yang ditawarkan tersebut boleh didapati dengan lebih rendah jika membuat pembelian melalui Lazada dan Shopee. Tujuan utama penurunan harga ini adalah bagi meningkatkan daya tarikan telefon pintar flagship ini dikalangan pembeli. Sebelum ini, Huawei P10 Plus dijual dengan harga RM3,099. Potong sampai RM700.

Pun begitu, harga yang diletakkan ini bukanlah yang paling rendah pernah ditawarkan. Sewaktu acara MYCyberSale yang berlangsung baru-baru ini, terdapat penjual-penjual yang menjualkannya dari harga RM2,268. Mungkin, selepas penurunan harga secara rasmi ini, diharapkan lebih ramai penjual-penjual yang menjualkannya dengan harga yang lebih rendah.

Kedai rasmi Huawei di Lazada juga telah mengemaskini harga telefon pintar ini ke harga baru yang telah ditetapkan. Pada julat harga terbaru ini, Huawei P10 Plus merupakan telefon pintar yang berbaloi dengan nilai harganya. Ia memiliki 6GB RAM, storan 128GB serta paparan 5.5inci beresolusi 2560 x 1440.

Tinggalkan komentar