Maxis telah memperkenalkan Hotilink Super Streamer Pass baharu yang membolehkan pelanggan memanfaatkan rangkaian 5G tanpa had dan tanpa sekatan untuk penstriman kandungan video berdefinisi tinggi (HD 1080p) untuk salah satu daripada tiga platform.

Pada harga bermula dari RM9.90 sebulan, anda boleh menstrim dan menonton rancangan-rancangan dan filem popular di sooka, Viu atau iQiyi melalui peranti mudah alih yang menyokongnya.

Super Streamer Pass ditawarkan kepada semua pelanggan pascabayar Hotlink Postpaid 30, Hotlink Postpaid 45, Hotlink Postpaid 60 dan Hotlink Postpadi 70. Manakala untuk pelanggan prabayar pula ia ditawarkan kepada pelanggan yang mempunyai pas internet bulanan aktif RM25 dan ke atas.

Sebagaimana kebanyakan pelan-pelan yang menawarkan datan “tanpa had”, kelajuan yang ditawarkan oleh Super Streamer Pass tertakluk dengan Polisi Penggunaan Saksama (FUP) berdasarkan terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Pas berkenaan perlu diaktifkan sekali dan boleh digunakan sehingga 30 hari selepas pembelian. Pelanggan akan dimaklumkan tiga hari lebih awal sebelum tarikh luputnya dan boleh terus menggunakannya dengan membeli pas tersebut sekali lagi kelak.

Anda yang berminat boleh mendapatkan Super Streamer Pass menerusi aplikasi Hotlink dengan klik pada pautan Streaming pada halaman utama dan ketik pada banner “streaming pass”. Seterusnya anda boleh memilih sama ada sooka, Viu dan iQIYI mengikut pilihan kegemaran anda dan sahkan pesanan anda sebelum pembayaran dibuat.

Tinggalkan komentar