HONOR Malaysia telah mengumumkan kerjasama baharu dengan filem aksi tempatan berjudul Legasi: Bomba The Movie. Filem yang dibintangi oleh Ben Amir, Nas-T, Henley Hii, Hairie Othman dan Sara Ali ini merupakan penghargaan terhadap pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Dalam pada masa yang sama, filem ini turut mengacah kehadiran telefon pintar misteri HONOR di dalam salah satu babaknya. Ia merupakan kemunculan sulung peranti tersebut di layar perak.

Menurut HONOR, ia merupakan telefon pintar yang masih lagi belum diumumkan dan secara tidak langsung belum memasuki pasaran Malaysia lagi. Kehadiran telefon pintar misteri tersebut menunjukkan gambaran kekuatan semangat, kelasakan fizikal dan kekentalan menghadapi ancaman bahaya pasukan Bomba.

Mengambil kira identiti tersebut, kemungkinan telefon misteri tersebut berkesinambungan dari HONOR X9c 5G yang dilancarkan di Malaysia tahun lalu sebagai “All-angle Ultra Tough” dengan binaan serba kukuh. Spesifikasi teknikalnya masih lagi belum diketahui, namun jika mengambil kira sifatnya dan juga tarikh pelancaran pada tahun lepas, ia mungkin dari siri yang sama.

Untuk anda yang meminati filem aksi dan meminati kerjaya bomba dan menyelamat, tayangan perdana filem Legasi: Bomba The Movie akan bermula pada 21 Ogos 2025 di pawagam-pawagam GSC dan TGV di seluruh negara.

Tinggalkan komentar