Utama Mobile Android Honor 10 terima kemaskini GPU Turbo

Honor 10 terima kemaskini GPU Turbo

984
0

Telefon pintar Honor 10 kini telah menerima kemaskini GPU Turbo sebagaimana yang telah dijanjikan. Pengguna-pengguna Honor 10 kini boleh membuat semakan sama ada telefon pintar anda menerima kemaskini ini dan seterusnya melakukan naik taraf.

Kemaskini berkenaan menawarkan sebuah fungsi yang bertujuan meningkatkan prestasi sewaktu ianya digunakan untuk permainan video.

Selain itu, penggunaan sokongan GPU Turbo ini turut memberikan lebih penjimatan penggunaan kuasa bateri selain memberikan paparan grafik yang lebih anggun sewaktu bermain aplikasi permainan video.

Bagaimanapun, pada masa ini fungsi GPU Turbo hanya dihadkan pada dua judul aplikasi permainan sahaja iaitu PUBG Mobile dan Mobile Legends. Dijangkakan, sokongan bagi permainan-permainan lain bakal menyusul tidak lama lagi.

Sumber berita diperoleh dari Honor

Tinggalkan komentar